Salam Alaikum

BismillÃh HirRohmaanir Rohimm

Kata Hikmah AM

~~~... aku BERANI kerana BENAR, lalu aku tidak GENTAR. aku bukan JEBAT, dan aku bukanlah juga TUAH. tetapi, aku adalah hamba doif yang bergelar KHALIFAH di muka bumi ALLAH ...~~~


biar orang hina diri kita tapi jangan kita hina diri sendiri, biar orang lukakan hati kita, jangan kita sesekali melukai diri sendiri, kita berhak atas diri kita sesungguhnya air mata itu adalah penyampai perasaan dan luahan jiwa..

yA AllAh, ApAbIlA ENGKAU mEmAnggIlkU, AmbIlAh AkU dAlAm kEAdAAn KhUsnUl KhOtImAh dAn sEmpAtkAnlAh AkU mEngUcApkAn kAlImAt "LA ILAHA ILLALLAH"

Ahli Jemaah

Network Blogger

Demi Masa

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Dan Penyayang

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Segala hakcipta milik Allah S.W.T. Jika difikirkan perlu copy dan sebar, silakan. Tak perlu minta izin.

There’s No Copyright In Islam

Monday, September 26, 2011

Siapakah Saya?

Photobucket

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Setelah 282, baru kali pertama nak sembang-sembang serba sedikit mengenai penulis blog ni yang selalu dikenali sebagai Al Mumtahan...

Baiklah.. Kita mulakan.. :)

Nama sebenar yang diberikan adalah Mohammad Syafiq Bin Che Omar.. Di puterakan pada 2 Ogos 1989 bersamaan 30 Zulhijjah 1409 Hijriah pada pukul 3.37 pagi di Hospital Besar Kuala Lumpur (HBKL)

Kalau nak mengimbau nostalgia dahulu, tak mampu AM nak ingat. Oh ye, saya bahasakan diri sebagai AM la ye.. Singkatan bagi Al Mumtahan.. Mesti kawan-kawan tahukan makna Al Mumtahan? Bagi yang tak tahu, Al Mumtahan membawa erti "Lelaki yang Diuji", Kalau surah ke 60 dalam Al-Quran, Al Mumtahanan membawa erti "Wanita Yang Diuji".

AM daripada 5 beradik tetapi 1 simpan. Iaitu arwah kak long yang diberi nama Wahidah. AM anak kedua akhir. jadi turutannya, AM ada abang bernama Syazuan, kakak bernama Syahidah, dan adik bernama Syafiqa. Umi tercinta bernama Normawati dan Ayahanda tersayang bernama Che Omar.

Baiklah, masa kecil dulu, AM tak berapa nak ingat sangat. Apa yang AM ingat dan ditambah pula gula dan garam dari keluarga, AM memang nakal masa kecil dulu. Lasak yang amat.. Kalau panjat pokok, panjat bumbung rumah orang, willie sana sini dengan basikal, dah jadi rutin harian masa tu. bayangkan ye, kawasan perumahan AM ala-ala rumah panjang, satu lorong ada 10 rumah yang bersambung. AM pernah lari dari hujung ke hujung.. Siap lompat dari atas rumah ke bawah. Brutel seyh..

Jangan kata rumah je, lompat dari bas pun AM pernah.. Bayangkan balik sekolah darjah 1. Bas belum berhenti lagi, AM dah lompat keluar.. Esoknya apa lagi, pakcik bas tu bantai dengan botol.. nasib baik plastik.. Maaf ya Pakcik Ramli..

Permainan? tak payah cerita.. sejak dari kecil lagi, AM memang tak ada bakat dalam akademik.. Jadi banyak masa habiskan dengan bermain dan bersukan. AM ingat lagi, masa darjah satu dulu, dalam keseluruhan darjah satu, AM paling laju berlari. Almaklum la.. Hari-hari praktis.. bila bunyi je loceng rehat tamat, semua berlumba masuk kelas, tengok siapa paling cepat.. cikgu kelas, kalau tak silap AM, nama dia Cikgu Noraini. Apa khabar la cikgu agaknya sekarang. Maaf kerana cikgu terpaksa bersabar dengan sikap saya ni.. Itu je la nama cikgu yang AM ingat. sebab AM sekolah rendah di Malaysia sampai darjah 1 je.

Oleh kerana Umi AM bekerja di Kementerian Luar Negeri, AM pernah belajar di Moscom, Russia selama 4 tahun. Sebenarnya, kontrak umi selama 3 tahun je, tapi dilanjutkan setahun. jadi di sana AM menuntut di 2 buah sekolah berasingan. Ini adalah kerana, apabila AM disana, AM lompat Setahun. sebab tu dua sekolah, iaitu sekolah rendah dan menengah. Kedua-dua sekolah diberi nama British International School 4 (BIS 4) untuk sekolah rendah dan British International School 3 (BIS 3) untuk sekolah menengah. AM sempat year 7 di sekolah menengah hanya setahun sahaja.

Walaupun 11 tahun dah berlalu, kenangan di sana, tak dapat AM nak lupakan. Kebanyakkan memori yang ada, semuanya memori-memori yang indah.. Bayangkan, AM tiba di sana pada 15 Oktober 1997. Pertama kali tengok salji secara live.. cuaca takyah cakap la, memang sejuk yang amat. bukan setakat mengigil, rasa macam beku dada.. Kami dijemput oleh driver embessy yang bernama Garik (maaf garik, tak tahu macam mana nak eja nama anda) dan ditemani oleh sahabat umi yang kami panggil Untie Salmah. Jadi, dari airport, kami dibawa ke syurga kami selama 4 tahun di tempat yang bernama Leninski Prospek (Macam ni kut eja dia.. hehe). masa tu rumah kami di tingkat 3. Kebiasaan bila sampai orang akan unpack, rehat dan kemas-kemas, tapi AM dan adik-beradik buat dek je, kami terus turun pergi ke taman di bawah untuk main salji. sejarah hidup tu. pertama kali tengok dan main salji live punya..

Paling lucu, AM ingat hari pertama persekolahan. mana tak lucunya. AM mana reti cakap omputeh.. nak tahu ayat apa je yang AM ingat masa kelas cikgu Noraini? 1 ayat je yang AM ingat dah hafal.. Dan ayat tu adalah "Please teacher, may i go to the toilet".. hahaha.. ini je ayat yang AM tahu masa tu.. berapa kali asyik pergi tandas je. bukan apa, kelas tak paham langsung. nasib baiklah ada kawan orang melayu waktu tu. Nama dia Ayman B. Ayub. kalau ada apa-apa yang AM tak pandai, AM bantaila tanya dia.. Sebab dia duduk sana lama lagi dari AM. jadi dialah kamus bergerak AM masa tu. Masa tu, cikgu kelas AM namanya Mr. Large.. Dia juga merangkap cikgu PJ AM masa kat sana.

Kalau nak cerita semua pengalaman, memang lama dan panjang. 3 hari 3 malam pun belum tentu habis. jadi AM akan cerita serba sedikit. sikit demi sedikit. lama-lama jadi bukit. huhu.. bukan sebukit harta, tapi bagi AM sebukit pengalaman yang tak dapat AM lupakan.

Aiseymen.. Hampir maghrib dah, InsyaAllah AM akan sambung lagi cerita AM.. kalau sahabat-sahabat nak tahu mengenai AM, boleh je tanya, AM tak kisah pun... Until Next Time Sahabat..

AM sayang sahabat semua.. Ukhwah Fillah...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...