Salam Alaikum

BismillÃh HirRohmaanir Rohimm

Kata Hikmah AM

~~~... aku BERANI kerana BENAR, lalu aku tidak GENTAR. aku bukan JEBAT, dan aku bukanlah juga TUAH. tetapi, aku adalah hamba doif yang bergelar KHALIFAH di muka bumi ALLAH ...~~~


biar orang hina diri kita tapi jangan kita hina diri sendiri, biar orang lukakan hati kita, jangan kita sesekali melukai diri sendiri, kita berhak atas diri kita sesungguhnya air mata itu adalah penyampai perasaan dan luahan jiwa..

yA AllAh, ApAbIlA ENGKAU mEmAnggIlkU, AmbIlAh AkU dAlAm kEAdAAn KhUsnUl KhOtImAh dAn sEmpAtkAnlAh AkU mEngUcApkAn kAlImAt "LA ILAHA ILLALLAH"

Ahli Jemaah

Network Blogger

Demi Masa

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Dan Penyayang

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Segala hakcipta milik Allah S.W.T. Jika difikirkan perlu copy dan sebar, silakan. Tak perlu minta izin.

There’s No Copyright In Islam

Sunday, March 28, 2010

Bencana Bila Tinggal Ajaran Rasulullah


Walaupun kita telah meninggalkan bulan Rabiul Awal, bulan yang menjadi adat kepada umat Islam menyambut hari lahir Rasulullah s.a.w.,kita hendaklah menyedari bahawa mengikut ajaran Rasulullah dan berpegang dengan ajarannya tidak selesai dengan perginya bulan Rabiul Awal.Kita hendaklah terus menerus menjadi pengikut setia kepada Rasulullah s.a.w., beramal dengan ajaran yang tidak ada kekurangan sedikit pun di dalamnya. Seorang sahabat bernama Sufian bin Abdullah r.a. bertanya kepada Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Ya Rasulullah, beritahu kepada saya berkenaan dengan Islam dengan jelas dan saya tidak lagi perlu bertanyakan kepada orang lain.

Jawab Rasulullah:

Katakanlah aku beriman kepada Allah kemudian beristiqamahlah, yakni berada di atas jalan yang lurus dan mengikut ajaran yang benar. Ajaran Islam yang dibawa Rasulullah s.a.w. ialah ajaran benar daripada Allah Taala, Tuhan yang menjadikan seluruh alam.Manusia hendaklah tunduk kepada peraturan dan ajaran yang telah ditetapkan oleh Allah Taala sama ada di dalam perkara yang diberi nama ibadat dan di dalam seluruh urusan hidup mereka kerana semua perkara berada di bawah pemerintahan Allah Taala.

Firman Allah yang bermaksud:

Wahai manusia, sembahlah kamu akan Tuhan kamu (Allah) yang telah menjadikan kamu dan orang-orang yang sebelum daripada kamu supaya kamu bertaqwa.(Surah al Baqarah: 21).

Mengadakan sekutu-sekutunya bagi Allah Taala ialah mengadakan tuhan-tuhan yang lain daripada Allah untuk dipuja dan disembah serta dilakukan ibadat kepada-Nya. Mengadakan sekutu bagi Allah Taala juga ialah dengan mengadakan peraturan dan hukum-hukum yang lain dari Allah Taala terdiri dari halal dan haram dan mengadakan peraturan hidup yang lain daripada Islam di dalam perkara yang tidak diizinkan oleh Allah Taala.

Firman Allah bermaksud:

Adakah bagi mereka sekutu-sekutu yang mensyirikkan kepada mereka daripada agama barang yang tidak diizinkan oleh Allah? (Surah as-Syura: 21).

Kita tidak boleh pandai-pandai mengadakan peraturan dan hukum sendiri di dalam perkara yang tidak dibenarkan oleh Allah Taala tetapi kita bebas mengadakan peraturan-peraturan menggunakan akal fikiran kurniaan Allah Taala untuk menolak mudharat dan mendatangkan faedah selagi dibenarkan oleh Allah Taala dan jangan sekali-kali mengadakan peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah Taala.

Ajaran Rasulullah s.a.w. adalah ajaran yang sempurna yang dikurniakan oleh Allah sebagai nikmat yang paling besar kepada manusia tidak boleh dibandingkan dengan nikmat-nikmat yang lain.

Firman Allah bermaksud:

Pada hari itu telah Aku sempurnakan bagi kamu agama kamu dan aku cukupkan bagi kamu nikmat-Ku dan Aku redha Islam itu menjadi agama kamu. (Surah al Maidah: 3)

Tetapi di akhir-akhir ini ada di kalangan umat Islam sendiri yang mengadakan peraturan-peraturan dan hukum-hukum di dalam perkara-perkara yang tidak dibenarkan oleh Allah Taala.

Maka berlakulah berbagai penyakit di dalam masyarakat, penyakit keruntuhan akhlak, politik, ekonomi dan berbagai-bagai maksiat yang tidak oleh diatasi dengan berbagai-bagai peraturan dan undang-undang yang dijalankan. Puncanya ialah kerana manusia mencari jalan penyelesaian dengan cara yang lain daripada yang ditunjukkan oleh Allah Taala dan dibawa oleh Rasulullah s.a.w.


Firman Allah yang bermaksud:

Telah nyata kerosakan di daratan dan di lautan hasil hasil daripada perbuatan manusia untuk dirasakan kepada mereka sebahagian daripada akibat perbuatan mereka agar mereka kembali kepada Allah.(Surah Ar Rum: 41).

Marilah kita menyedari betapa besarnya ajaran Rasulullah s.a.w. dan besarnya bencana sekiranya kita meninggalkan ajaran tersebut. Ketika kewafatan Rasulullah s.a.w. dan ketika para sahabatnya berada di dalam keadaan sedih dan binggung, Abu Bakar Al-Siddiq r.a. menyampaikan satu ucapan yang bermaksud:

"Wahai manusia, sesiapa yang menyembah Muhammad sesungguhnya Muhammad telah wafat. Dan sesiapa yang menyembah Allah sesungguhnya Allah itu Maha Hidup tidak akan sekali-kali mati. Muhammad itu hanyalah seorang rasul, sesungguhnya telah berlalu sebelumnya rasul-rasul. Adakah apabila beliau wafat atau terbunuh maka kamu akan berpaling murtad?

Dan barang siapa yang murtad maka dia tidak memberi mudharat sedikit pun kepada Allah. Dan Allah akan memberi balasan kepada orang-orang yng bersyukur." (Surah Ali Imran: 144).

Marilah kita menjadi orang-orang yang bersyukur kepada nikmat Allah yang paling besar iaitu nikmat kedatangan Rasulullah s.a.w. dengan menjadi pengikutnya yang setia dan jangan sekali-kali kufur kepada nikmat Islam yang telah diberikan oleh Allah SWT sebagaimana firman-Nya yang bermaksud:

Sesiapa yang mencari agama selain daripada Islam maka tidak akan diterima oleh Allah dan dia di akhirat kelak termasuk di kalangan orang-orang rugi.(Surah Ali Imran: 85)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...