Apa itu Cemerlang ? Apa itu Dunia ? Apa itu Akhirat ?
Cemerlang
Menurut Kamus Dewan (Edisi Baru), cemerlang bermaksud “bersinar (bercahaya) dengan terang sekali, berkilauan, gilang-gemilang; (berkenaan) kejayaan, keputusan sangat baik.”
kecemerlangan dapat diertikan sebagai keadaan melepasi suatu piawaian yang ditetapkan dengan keputusan yang sangat baik.
Dunia
Menurut Kamus Dewan, edisi ke tiga (2002), dunia adalah bumi dan segala yang terdapat di permukaannya, perihal hidup, bidang atau lapangan.
Menurut Persepektif Islam- Tempat persinggahan dan jambatan untuk menuju ke akhirat. Dunia adalah fana.
Akhirat
Menurut Kamus Dewan, edisi ke tiga (2002), akhirat merupakan alam tempat kita berada sesudah kita mati.
Menurut Persepketif Islam- tempat yang kekal abadi dan kita akan menerima pembalasan.
Insan Cemerlang
• Badan yang sihat dan otak cerdas
• Berilmu
• Berwawasan – cita2 tinggi
• Berakhlak mulia
• Taat Agama
Langkah-Langkah Menuju Kecemerlangan
• Keazaman yang kukuh
• Sikap dan minda yang positif
• Usaha yang gigih dan Sistematik
• Disiplin diri yang kukuh
• Kemantapan jiwa, minda dan fizikal
• Berjiwa pemenang
Kecemerlangan yang Hakiki
kecemerlangan hakiki adalah jika seseorang insan itu berjaya memasuki syurga Allah. Walau bagaimanapun, Islam tidak memandang kecil kecemerlangan di dunia, kerana ia merupakan satu jambatan menuju ke arah kecemerlangan di akhirat. Kita semua mahukan kecemerlangan, kita ingin menjadi insan yang cemerlang, ingin mempunyai anak, isteri dan keluarga yang cemerlang,ingin membina dan membentuk masyarakat dan negara yang cemerlang di dunia dan akhirat.
Renungan bersama.......
Tidak ada manusia yang merancang untuk gagal....yang ada hanyalah manusia yang gagal untuk merancang.
Orang yang cemerlang menunjukkan hasil manakala orang gagal memberi alasan.
No comments:
Post a Comment