Tidak ada orang yang boleh mendakwa lari dari perasaan. Asal saja ia bernama manusia maka sekaligus dirinya akan di
Perkara ini jugalah yang terjadi kepada kebanyakan pasangan bercinta kini. Semua pasangan yang bercinta kini ingin menjadikan kisah cinta Romeo dan Juliet sebagai contoh dalam hidup mereka. Cerita yang mengisahkan tentang pasangan yang begitu mencintai antara satu sama lain sehingga sanggup berjanji untuk sehidup semati. Janji yang diikat itu telah dikotakakan apabila Romeo telah mati dan dengan serta merta Juliet membunuh dirinya kerana tidak sanggup hidup tanpa Romeo. Namun adakah ini yang dikatakan cinta sejati. Semua agama di dunia sememangnya tidak mengizinkan mereka membunuh diri. Mengapa pasangan sekarang tidak menjadikan kisah cinta Nabi yang penuh dengan kesucian dan keikhlasan.
Terlalu ramai pasangan masa kini tidak menghubungkan iman dengan cinta. Perkara inilah yang menyebabkan
ramai pasangan terutamanya perempuan yang sanggupp menyerahkan tubuhnya untuk menunjukkan cintanya, ‘kononnya’.. Apabila sesuatu yang tidak diingini terjadi mereka akan menudingkan jari antara satu sama lain. Apabila semua ini terjadi siapakah yang ingin dipersalahkan? Jalan terbaik ialah perkahwinan. Rasullullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud bahawa” wahai golongan pemuda sesiapa di antara kamu yang telah mempunyai keupayaan untuk berkahwin, maka hendaklah ia berkahwin….”(hadis riwayat Bukhari)
No comments:
Post a Comment