Salam Alaikum

BismillÃh HirRohmaanir Rohimm

Kata Hikmah AM

~~~... aku BERANI kerana BENAR, lalu aku tidak GENTAR. aku bukan JEBAT, dan aku bukanlah juga TUAH. tetapi, aku adalah hamba doif yang bergelar KHALIFAH di muka bumi ALLAH ...~~~


biar orang hina diri kita tapi jangan kita hina diri sendiri, biar orang lukakan hati kita, jangan kita sesekali melukai diri sendiri, kita berhak atas diri kita sesungguhnya air mata itu adalah penyampai perasaan dan luahan jiwa..

yA AllAh, ApAbIlA ENGKAU mEmAnggIlkU, AmbIlAh AkU dAlAm kEAdAAn KhUsnUl KhOtImAh dAn sEmpAtkAnlAh AkU mEngUcApkAn kAlImAt "LA ILAHA ILLALLAH"

Ahli Jemaah

Network Blogger

Demi Masa

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Dan Penyayang

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Segala hakcipta milik Allah S.W.T. Jika difikirkan perlu copy dan sebar, silakan. Tak perlu minta izin.

There’s No Copyright In Islam

Monday, March 22, 2010

Membina keluarga Bahagia

“Orang yang saling mencintai tidak akan menyimpan rahsia antara sesama mereka.. tetapi selalu membahagikan rasa suka & duka utk di selesaikan secara bersama… (HUKAMAK)

Dan diantara tanda-tanda kekuasaan Allah, ialah Dia menciptakan isteri-isteri (pasangan hidup sebagai suami isteri) bagimu dari jenis kamu sendiri, supaya kamu hidup tenang dan tenteram bersamanya, dan dijadikannya cinta dan kasih sayang diantara kamu;”

“sesungguhNya yang demikian itu terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir” (Ar-Rum:21)

“Pernikahan adalah sunnahku, siapa saja yang tidak melaksanakan sunnahku, maka dia tidak termasuk umatku.”(HR. Bukhari dan muslim)

Dari Abdullah bin Mas’ud, ia berkata Rasulullah Saw telah bersabda:

wahai seluruh pemuda,siapa saja diantara kamu yang telah mampu melaksanakan pernikahan dan perkahwinan, maka hendaklah segera melaksanakan nikah-kahwin;

“Dan siapa saja yang tidak mampu (melaksanakan nikah-kahwin), hendaklah dia berpuasa, kerana puasa itu adalah perisai (mempertahankan diri dari godaan nafsu) baginya .”(HR. Bukhari dan Muslim)

Apa Itu Bahagia

Bahagia adalah suatu rasa yang mengatasi keselesaan hati, mengatasi kesenangan yang berputik dari keupayaan memiliki dan mengatasi rasa tenang melalui bilah-bilah hari.(Dr. Hm Tuah Iskandar al-Haj)

“ Adapun orang yang berbahagia maka tempatnya di dalam Syurga, mereka kekal di dalamnya selama ada langit dan bumi kecuali jika Tuhanmu mengkehendaki yang lain, sebagai kurnia yang tiada putus-putusnya.”(Hud, 108)

Memperoleh kesenangan tidaklah sama dengan memperoleh kebahagiaan. Begitu juga menderita bukanlah sengsara. Kesenangan adalah berhubungan dengan masa sekarang, sedang kebahagiaan behubung dengan masa sekarang dan masa akan datang.

bahagia adalah perasaan senang, tenteram, atau lepas dari segala yang menyusahkan......

Rasululullah s.a.w bersabda:

- Apabila Allah S.W.T menghendaki suatu rumahtangga yang baik (bahagia) diberikanNya keinginan menghayati ilmu-ilmu agama, yang muda menghormati yang tua, harmoni atau tenteram dalam kehidupan, hemat dan hidup sederhana, melihat dan menyedari cacat-cacat (aib) mereka dan kemudian melakukan taubat. Jika Allah s.w.t. menghendaki sebaliknya maka di tinggalnya mereka dalam kesesatan.”

- Termasuk kebahagian hidup seseorang manusia ialah memperoleh isteri yang baik, kediaman yang baik, dan kenderaan yang baik.”

Tanggungjawab Pasangan suami isteri

SUAMIKU….

l MEMBERI NAFKAH KEPADA ISTERI & ANAK-ANAK

l MENYEDIAKAN TEMPAT KEDIAMAN MENGIKUT KADAR KEMAMPUAN

l MELINDUNGI RUMAHTANGGA ISTERI DAN ANAK2 DARI SEBARANG BAHAYA

l MENCURAHKAN KASIH SAYANG DAN BELAS KASIH KEPADA ISTERI & ANAK2 SERTA SANGGUP BERKORBAN DEMI KEBAHAGIAAN MEREKA

l MEMBIMBING DGN ADIL & MEMBERI TUNJUK AJAR KPD ISTERI DGN CARA YG ADIL & BIJAKSANA BG MENCAPAI KEHIDUPAN YG DIREDHAI ALLAH

l MENGADAKAN PERGAULAN BAIK DAN BERSEFAHAMAN DI ANTARA SUAMI ISTERI

ISTERIKU…

l WAJIB MENTAATI SUAMI, MELAYAN KEHENDAK2NYA SERTA MENUMPUKAN KASIH SYG SEPENUHNYA SELARAS DGN KEHENDAK ISLAM

l MEMELIHARA DIRI & KEHORMATAN

l MEMELIHARA AMANAH SUAMI & MENJAGA RAHSIA PERGAULAN ANTARA SUAMI ISTERI

l MEMELIHARA HARTA SUAMI SAMA SEPERTI IA MEMELIHARA HARTANYA SENDIRI

l MENJAGA KEBERSIHAN DIRI & ANAK-ANAK

l TIDAK MENINGGALKAN RUMAH TANPA KEIZINAN SUAMI MELAINKAN KERANA DARURAT…

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...