Salam Alaikum

BismillÃh HirRohmaanir Rohimm

Kata Hikmah AM

~~~... aku BERANI kerana BENAR, lalu aku tidak GENTAR. aku bukan JEBAT, dan aku bukanlah juga TUAH. tetapi, aku adalah hamba doif yang bergelar KHALIFAH di muka bumi ALLAH ...~~~


biar orang hina diri kita tapi jangan kita hina diri sendiri, biar orang lukakan hati kita, jangan kita sesekali melukai diri sendiri, kita berhak atas diri kita sesungguhnya air mata itu adalah penyampai perasaan dan luahan jiwa..

yA AllAh, ApAbIlA ENGKAU mEmAnggIlkU, AmbIlAh AkU dAlAm kEAdAAn KhUsnUl KhOtImAh dAn sEmpAtkAnlAh AkU mEngUcApkAn kAlImAt "LA ILAHA ILLALLAH"

Ahli Jemaah

Network Blogger

Demi Masa

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Dan Penyayang

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Segala hakcipta milik Allah S.W.T. Jika difikirkan perlu copy dan sebar, silakan. Tak perlu minta izin.

There’s No Copyright In Islam

Monday, March 22, 2010

Pesona Cinta

PENGENALAN

Bolehkah pelajar bercinta?

Pengalaman belajar disekolah berasrama, dan di universiti menunjukkan hampir setiap pelajar mempunyai naluri untuk menyayangi dan disayangi. Kalau tidak mempunyai teman istimewa, memadai dengan mempunyai adik, abang atau kakak angkat atau mempunyai rakan karib sebagai tempat mengadu dikala kesunyian dan kesusahan.

Saya tertarik memilih untuk memperkatakan mengenai cinta dan pelajar kerana perasaan ini akan timbul dikalangan pelajar. Cuma tahap percintaan amat berbeza dikalangan pelajar sekolah rendah dan menengah. Suasana ini menjadi lebih ketara bagi mereka yang berada diasrama penuh. Mengesan pelajar yang sedang diamuk cinta adalah mudah sekali. Lihatlah perubahan yang berlaku pada orang yang sedang bercinta, contohnya jikalau dulu pakaian tidak bergosok, kini begitu kemas dan bergaya, berminat dengan perfume dan kalau dulu senang bersama kawan-kawan, kini menjadi lebih terkawal dan agak pemalu apabila berhadapan dengan orang yang diminati.

Bercinta sebenarnya mengkhayalkan. Semuanya penuh dengan keseronokan. Sanggup melakukan apa sahaja bagi menarik minat atau menyukakan orang yang dicintai. Adakah anda terfikir, jika begitu kuatnya perasaan cinta boleh mengubah pelajar, kenapa tidak menggunakan konsep cinta terhadap pelajaran. Walaupun ia tidak sekuat perasaan cinta dengan teman istimewa, memadailah dengan memberi sedikit rasa cinta terhadap cita-cita untuk berdaya.

SASARAN

Pelajar sekolah menengah yang melalui zaman remaja. Ini kerana zaman remaja begitu sinonim dengan dunia awal percintaan.


DEFINISI CINTA

Pesona merupakan mentera, ilmu guna-guna, manakala terpesona bermaksud terpukau, sangat tergoda, tertarik hati, sangat terpikat. Cinta pula merupakan perasaan yang sangat sayang, asyik diantara lelaki dan perempuan. Cinta amat penting dalam kehidupan manusia. Hidup tanpa cinta kosong dan tidak sempurna jika hidup seseorang itu tidak pernah dihampiri atau dihinggapi perasaan cinta. Ini kerana hidup manusia didunia tidak hanya seorang diri.

Istilah cinta diertikan sebagai yang mencintai dan yang dicintai. Ini kerana cinta itulah kehidupan, ada manusia berbuat melakukan sesuatu kerana dorongan perasaan cinta. Bukan hanya manusia, binatang pun sesungguhnya berbuat sesuatu kerana dorongan perasaan cinta. Bezanya manusia berbuat sesuatu kerana kesedaran akalnya, manakala binatang kerana nalurinya.

Dalam diri manusia terdapat dua sumber yang menggerakkan perilaku iaitu akal-budi dan nafsu. Perasaan cinta dapat dipengaruhi oleh dua sumber tersebut iaitu perasaan cinta yang digerakkan oleh akal dan budi serta perasaan cinta yang digerakkan oleh nafsu. Sebagai manusia pengembangan nilai dan moral seharusnya berusaha agar perasaan cinta yang tumbuh dalam hati tidak jatuh kelembah cinta yang tidak sesuai dengan kemanusiaan. Jangan sampai cinta itu memakan diri sendiri.

Cinta sejati tidak menimbulkan kewajipan tetapi tanggungjawab tidak meminta balas dan lebih banyak memberi daripada menerima. Cinta sejati adalah cinta kemanusiaan yang tumbuh dan berkembang dalam lubuk sanubari setiap manusia bukan kerana dorongan suatu kepentingan, melainkan atas dasar kesedaran bahawa pada hakikatnya manusia itu satu.

Cinta kasih tidak mengenal iri hati, cemburu, persaingan dan sebangsanya. Yang ada adalah perasaan yang sama dengan perasaaan yang ada pada orang yang dicintai, kerana dirinya adalah diri kita, dukanya adalah duka kita dan gembiranya adalah gembira bersama. Bagi cinta kasih pengorbanan adalah satu kebahagiaan, ketidakmampuan membahagikan atau meringankan beban yang dicintai atau dikasihi adalah satu penderitaan.

Cinta manusia terhadap Tuhan adalah cinta yang lebih mutlak. Tuhan itu Maha Rahim dan Maha Rahman apabila setiap hari manusia selalu memuja kebesaranNya dan memohon apa yang diinginkan, Tuhan akan selalu memakbulkan permintaan umatnya.

MENGAPA PERLU BERCINTA

Cinta merupakan tarikan yang paling unggul diantara manusia. Cinta, kasih sayang dan kemesraan boleh memberikan keseronokan yang tidak terhingga pada diri manusia.

Robert Sternberg (1986) menggunakan ’Triangular Theory of Love” untuk menghuraikan percintaan dalam hubungan yang kompleks. Menurut beliau, percintaan mesti melalui tiga komponen iaitu intimasi atau kerapatan, perasaan ghairah atau keberahian dan komitmen.

JENIS-JENIS CINTA

Cinta Persahabatan

Hasil daripada persahabatan dan ia timbul secara perlahan-lahan. Ia mengambil masa yang panjang untuk mengenali pasangan sebelum wujudnya perasaan cinta contohnya dengan rakan sekelas.

Cinta Romantik

Ia merupakan tarikan fizikal dan sosial. Melalui pertemuan pertama sudah tertarik dan memandang cinta sebagai sesuatu yang sangat tinggi nilainya.

Cinta permainan (Ludus)

Kurang pergantungan dan tanggungjawab. Biasanya ia lebih daripada satu pasangan dalam sesuatu masa. Tidak serius dan tidak mendalam perasaaan cintanya dan gemar membuat hubungan cinta secara mendadak dan tidak teratur.

Cinta Logikal(Pragma)

Cuba mencari pasangan yang terbaik dan menetapkan ciri-ciri khusu terhadap pasangannya. Sentiasa sabar menangguh hubungan cintanya sehingga betul-betul merasakan individu yang ditemui memenuhi kriteria yang dikehendaki.

Cinta Pengorbanan(Agape)

Suka membantu,amat memahami dan pemaaf dan terlalu penyabar. Bersikap terbuka, menerima cinta daripada orang yang berbeza personaliti. Memberi cinta dan kasih sayang denga rela hati tanpa sebarang syarat. Sanggup melakukan apa sahaja asalkan pasangannya bahagia dan rela mengenepikan cita-cita sendiri.

Cinta kepunyaan (Mania)

Memiliki sifat cemburu dan ingin bersama setiap masa. Tidak suka pada perpisahan dan mementingkan keperluan diri serta terlalu mengawal, mengongkong dan memiliki. Sentiasa mencurigai kejujuran dan keutuhan cinta pasangan.

ALIRAN-ALIRAN CINTA

Cinta pada diri sendiri

Pelajar seharusnya menanamkan rasa cinta kepada diri sendiri. Tiada orang yang dapat mengubah nasib kita kecuali diri kita. Kita mungkin boleh menumpang kemewahan dan kekayaan ibu bapa tetapi tanpa ilmu yang cukup segalanya mungkin hilang sekelip mata. Hanya ilmu yang dapat menaikkan darjat serta maruah diri dan seterusnya dapat membentuk kejayaan keluarga sendiri pada masa depan.

Cinta pada ibu bapa

Kita mungkin ingin berjaya didalam bidang pelajaran kerana cinta kepada ibu bapa. Melihat betapa peritnya kedua-dua orang tua mencari rezeki bagi menampung pendidikan anak-anak, sepatutnya dapat melahirkan keinsafan kepada kita untuk berjaya dalam pelajaran. Jikalau tidak kita, siapa lagi diharapkan, siapa lagi yang dapat memberi sedikit keriangan kepada mereka. Kejayaan anak dalam pelajaran dan pekerjaan merupakan penawar yang paling manis keatas keperitan yang pernah mereka lalui. Bolehkan perasaan cinta kepada mereka dijadikan pendorong untuk berjaya?

Cinta pada persekitaran

Belajar tidaklah seindah seriang atau semanis berkasih. Kalau kita gagal membentuk suasana pelajar yang sesuai proses pembelajaran akan menjadikan kita tawar hati belajar kerana terpaksa dan mungkin sampai ketahap yang mengecewakan. Suasana kelas , asrama dan persekitaran lain yang tidak menyenangkan boleh memberi sumbangan yang besar kepada kegagalan pelajar.

Dalam hal ini, siapakah yang perlu berubah? Dalam konteks inilah perasaan cinta pelajar harus dibelai. Cinta pada kelas, pensyarah, guru, rakan-rakan,asrama dll. Pelajar harus sedar betapa mereka perlu dan terpaksa menghadapi suasana yang kadangkala mengongkong jiwa dan perasaan. Tidak usah menjawab segala permaslahan dengan memberontak kerana tindakan yang sedemikian akan lebih memburukkan keadaan.

Didalam kelas, pelajar sepatutnya mengkaji dan menilai tingkahlaku guru yang mengajar mereka. Cintailah mereka dengan melihat aspek-aspek positif yang dipaparkan. Biasanya dengan menyukai guru menjadikan pelajar berminat dengan pelajaran yang diajar. Secara tidak langsung,anda akan rajin datang ke kelas, suka mengulangkaji pelajaran dan sering berbincang untuk meningkatkan pemahaman tentang pelajaran tersebut. Bukankah kita sanggup melakukan apa sahaja untuk menyukai orang yang kita sayang. Sebenarnya terlalu banyak yang boleh dilakukan oleh pelajar bagi mencintai suasana kelas, asrama dan persekitaran tempat untuk menuntut ilmu. Persoalannya mahukah kita mengubah sikap sebagaimana kita lakukan kepada yang tercinta.

Menurut Hukamah, cinta itu terbahagi kepada 5 iaitu:

  1. Cinta manusia kepada TuhanNya
  2. Cinta manusia kepada dirinya
  3. Cinta kepada orang kerana kecantikannya
  4. Cinta kepada orang kerana ketinggian budinya
  5. Cinta kepada orang yang berjasa kepadanya

(Hukamak)


HUBUNGAN PERCINTAAN

Dalam sesuatu hubungan intim, mungkin kita tertanya-tanya sama ada kita sedang bercinta atau hanya mempunyai perasaan sebagai sahabat karib sahaja. Lazimnya jikalau seseorang itu sedang dilamun percintaan, ia akan dapat membezakan perasaannya tetapi kekeliruan wujud jikalau mereka tidak akui kewujudan perasaan tersebut.

Cinta adalah satu perasaan atau keadaan emosi yang tegang kerana individu yang dilamun perasaan cinta akan sentiasa memikirkan tentang temannya. Cinta merupakan satu fenomena ganjil yang harus dialami oleh manusia, walaupun sekali dalam seumur hidupnya. Pelbagai lagu, syair, sajak, puisi dan drama memaparkan tentang percintaan, masalah serta pergolakan cinta yang dialami oleh manusia. Ini menunjukkan bahawa betapa pentingnya cinta ini dalam sesuatu masyarakat itu.

Semasa mengalami percintaan, seseorang itu akan sentiasa memikirkan tentang temannya. Keinginan untuk sentiasa hidup bersama dengan teman itu tidak dapat dikawalnya. Ia juga sentiasa menyatakan sesuatu yang tidak realistik tentang temannya seperti tidak boleh hidup, tidak lalu makan, minum atau tidur jikalau ia tidak dapat berjumpa dengannya dan pelbagai yang lain. Puji-pujian yang dilemparkan juga tidak realistik seperti temannya itu yang paling cantik, kacak, baik budinya, amat sopan santun dan lain-lain lagi. Akibat daripada perasaan ini, kedua-dua insan yang bercinta itu akan kurang berinteraksi, berjumpa atau bertemu bual dengan teman-teman lain, sebaliknya semua tumpuan diberi terhadap teman yang dicintai itu.

Seperti hubungan mesra, percintaan juga didorongi oleh beberapa faktor. Sebagai contoh, kecantikan dari persepsi seseorang itu tentang teman yang dicintainya, kedekatan fizikal yang selalu menyebabkan pertemuan antara dua insan itu, umur yang sama, faktor-faktor persamaan lain seperti bangsa, agama dan lain-lain dapat mendorong tercetusnya perasaan cinta. Ada juga yang mengatakan bahawa ketegangan emosi seperti keghairahan seksual dapat mendorong seseorang itu untuk bercinta dengan orang lain.

Dalam percintaan, pelbagai pengalaman dirasai oleh seseorang itu. Satu daripada pengalaman itu adalah perasaan intim,iaitu keinginan untuk sentiasa berdampingan dengan temannya. Pengalaman keghairahan juga sering dirasai semasa dalam percintaan. Keghairahan atau keberahian fizikal dan keinginan untuk menjadikan teman sebagai objek kasih sayang itu sering wujud dalam hubungan yang sedemikian. Pengalaman cinta juga melibatkan keinginan untuk mengadakan sesuatu keterlibatan, iaitu bagaimana hendak mengekalkan perasaan cinta antara satu dengan yang lain (Baron, 1989). Kesemua pengalaman dan perasaan ini boleh wujud dalam pelbagai bentuk kombinasi dan setiap satu kombinasi ini akan memperihalkan variasi diantara stu cinta dengan cinta yang lain.

Kita harus akui yang cinta terhadap keluarga, cinta terhadap anak dengan cinta terhadap kekasih itu adalah berlainan. Apakah yang dapat memperihalkan perbezaan ini. Mengikut pandangan Baron (1989), ada empat jenis cinta iaitu cinta berahi, cinta sahabat, cinta bodoh dan cinta sempurna. Kesemua bentuk cinta ini adalah tertakluk kepada kombinasi perasaan serta pengalaman cinta yang dinyatakan di atas.iaitu intim, keghairahan dan kewajipan.

Jikalau hanya keghairahan yang dialami tanpa perasaan keinginan untuk hubungan intim serta kewajipan, maka ia dikenali sebagai cinta berahi. Ini sering berlaku kepada remaja-remaja yang ingin mempelajari dan memulakan hubungan percintaan. Mereka lazimnya ghairah terhadap seseorang itu, dan dari situ satu hubungan percintaan akan dimulakan.

Sebaliknya jika perasaan intim dan kewajipan itu wujud tanpa mempunyai apa-apa perasaan berahi, ini digelar sebagi cinta sahabat. Perasaan kasih kepada sahabat karib, kepada adik-adik, dan ibubapa lazimnya mempunyai kedua-dua perasaan ini. Sememangnya seseorang itu sering hendak berdamping dengan yang dikasihinya serta akan menjadi satu kewajipan untuk mengekalkan tali kekeluargaan atau persahabatan itu. Ini juga amat benar bagi hubungan ibubapa dan anak. Umpamanya kasih seorang ibu terhadap anaknya merupakan kasih yang tidak dapat dibanding. Ibu sentiasa ingin berdamping dengan anak. Jikalau anak meninggalkan rumah, ibulah yang akan menangis dahulu dan walau dimana anaknya berada si ibu akan sentiasa membantunya apabila ia memerlukan pertolongan.

Jenis ketiga digelar sebagai cinta bodoh. Ini berlaku apabila seseorang itu bercinta dari jauh dan lazimnya percintaannya berada dalam keadaan yang tidak menentu. Hanya komponen ghairah dan kewajipan yang ada tetapi tanpa perasaan intim, iaitu tiada keinginan untuk berdampingan. Inilah sebabnya digelar sebagai cinta bodoh.

Jenis cinta terakhir yang disarankan oleh Baron ini ialah cinta sempurna. Dalam hubungan ini, ketiga-tiga komponen wujud dan terjalinlah hubungan percintaan yang penuh bermakna. Cinta ini akan dimanifestasikan melalui perkahwinan dan seterusnya akan kekal hingga ke akhir hayat. Percintaan seumpama ini berkekalan kerana selama perhubungan cinta, mereka akan sentiasa menghormati antara satu dengan lain.

Sternberg (1986) pula mengatakan bahawa ada lapan bentuk dan jenis cinta yang dialami oleh manusia. Empat daripadanya adalah sama seperti yang disarankan oleh Baron. Selebihnya pula adalah cinta romantik, cinta kosong, perasaan suka dan tiada cinta langsung. Cinta romantik umpamanya mempunyai komponen intim dan berahi tetapi tidak ada keterlibatan diantara kedua-dua individu berkenaan. Bagi cinta kosong, hanya terdapat keterlibatan sahaja tanpa dua perasaan yang lain. Jikalau anda hanya ”suka” sahaja kepada seseorang itu maka perasaan intim itu sahaja yang wujud. Akhir sekali, jikalau tiada perasaan yang wujud langsung dalam diri seseorang terhadap seorang yang lain, ini bermakna tiada perasaan cinta yang dialami olehnya.

Byrne (1987) menyatakan bahawa pengalaman cinta itu berubah mengikut masa dan umur. Bagi pasangan yang dapat mengekalkan cinta hingga ke akhir hayat, mereka ini mempunyai hubungan hormat menghormati diantara satu sama lain. Walaubagaimanapun hubungan percintaan dalam perkahwinan tidak akan berakhir dengan kejayaan. Kita lihat kepada pasangan yang bercerai, mereka ini melaporkan bahawa mereka jarang bercakap tentang perasaan positif yang dialami tetapi sebaliknya komunikasi mereka tertumpu kepada penilaian yang negatif diantara satu dengan yang lain, kritikan yang menyakitkan hati dan banyak berleter.

CINTA BOLEH MENJADI FITNAH

Memang benar cinta itu adalah satu fitrah bagi semua manusia normal. Dan fitrah itu sesuatu yang suci. Maknanya cinta itu pada asalnya satu fitrah yang bersih, cuma bila dicemari oleh nafsu dan dicampurkan dengan perkara terlarang yang mendorong ke arah maksiat besar, fitrah boleh berubah menjadi fitnah pula. Di antara tujuan diciptakan perasaan ini adalah untuk menguji perempuan dan lelaki, sepertimana firman Allah dalam surah Al-Furqan: (dan kami telah jadikan sebahagian kamu dengan sebahagian yang

lain fitnah, adakah kamu melihatnya? Sesungguhnya Tuhanmu Maha Melihat).

Seperti yang telah dinyatakan, Allah Taala telah menetapkan jalan yang halal mengikut syara' untuk memenuhi naluri fitrah ini iaitu melalui jalan perkahwinan, dan telah diharamkan segala jalan lain selain perkahwinan supaya manusia tidak terjebak dalam perkara haram dan kotor yang dimurkai Allah Taala. Ini kerana manusia itu secara semulajadinya memang inginkan kepada keseronokan yang ditimbulkan oleh nafsu, dan syaitan pula akan sentiasa mengambil kesempatan mendorong mereka ke jalan nafsu yang menjadikan manusia hilang akal dan bimbingan diri.

Cinta itu boleh berubah menjadi satu fitnah bilamana ia dicampurkan dengan perkara yang diharamkan oleh Allah Taala. Apabila larangan Allah diperlekehkan, nafsu lantas mengemudi hati, maka hilanglah rasa malu di dalam diri. Oleh kerana itu, maka kebelakangan ini sering kita mendengar dan melihat perkara-perkara sumbang yang mencemari akhlak muda mudi. Antara perilaku sumbang yang semakin sebati dikalangan remaja hari ini memandang bukan mahram, berjumpa berdua-duan, berpegangan tangan dan juga berkhalwat.

CINTA MENURUT ISLAM

Cinta sebagai satu fitrah. Islam menggariskan satu sistem yang syumul yang merangkumi seluruh aspek kehidupan. Oleh kerana Allah sendiri yang mencipta kita, Dia Maha

mengetahui segala naluri dan fitrah kita. Kerana itulah Islam meraikan fitrah dan kehendak naluri manusia, dan salah satu daripadanya adalah cinta. Dari Muhammad Muhammad As-sharif, dari Universiti Al-Azhar dalam bukunya " Islah Al-Ummah A'lah

Huda As-Sunnah" (islah @ reformasi ummah di atas cahaya sunnah) menyatakan bahawa telah difitrahkan yang seorang lelaki akan mempunyai perasaan terhadap perempuan, dan begitulah sebaliknya.

Ini kerana perempuan itu dijadikan daripada rusuk lelaki, sebab itu lelaki ada perasaan terhadap wanita yang sememangnya dijadikan daripada satu bahagian tubuh dirinya sendiri. Kalau dilihat dari kisah kehidupan awal manusia, seperti diceritakan

dalam kitab sirah imam Ibnu Kathir, "al-bidayah wa an-nihayah",dan beberapa kitab lain, bahawa nabi Adam alaihissalam sendiri kesunyian ketika mula diciptakan di dalam syurga, lalu Allah menciptakan Hawa bagi menjadi teman hidup Adam. Tapi Allah tidak membiarkan mereka bercinta begitu saja tanpa ada ikatan, mereka lantas diijabkabulkan. Allah Taala berfirman, maksudnya: "Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu ada satu contoh yang amat baik untuk kamu ikuti..". sepanjang rentetan sejarah rasul dan para sahabat, perkataan cinta itu wujud dalam rumahtangga mereka.

Apabila seseorang jatuh cinta dengan perempuan, mahu menjadikannya sebagai serikandi hidup, maka dibenarkan dia melihat perempuan itu mengikut batas syara'. Terdapat hadis hadis dalam bab bolehnya melihat orang yang berkenan untuk dibuat isteri (maknanya melihat kepada yang bukan aurat), contohnya hadis riwayat Imam Tirmizi: daripada Mughirah bin Syu'bah, bahawa dia hendak meminang seorang perempuan, lalu bersabda Rasulullah s.a.w: " Pergilah kamu melihatnya, sesungguhnya ia akan memanjangkan lagi kasih sayang antara kamu berdua nanti.. "Tafsirannya, bila jatuh hati atau berkenan pada seseorang perempuan, tindakan seterusnya adalah mengikat ikatan samaada khitbah atau pertunangan ataupun berkahwin. Selepas itu mereka barulah mereka bercinta sebagai suami isteri.

Maka daripada perkara di atas, Islam menyediakan ruang untuk bercinta, iaitu percintaan untuk perkahwinan. Maknanya di sini Islam meletakkan cinta itu sebagai satu tanggungjawab, bukan satu permainan atau keseronokan semata mata. Jika benar benar mencintai seorang perempuan itu, seorang lelaki hendaklah menunaikan tanggungjawabnya, jika sudah bersedia maka ikatlah dengan ikatan yang sah, jika belum bersedia, banyak-banyaklah berdoa pada Allah dan jangan sekali kali melakukan perkara yang berlanggar dengan syara' yang boleh mencemarkan kesucian cinta sebagai satu fitrah. Justeru, bersamalah kita mengawal fitrah yang indah ini agar tidak terpesong ia menjadi fitnah, InsyaAllah. Hanya cinta Allah yang boleh memimpin kita meniti lembah sunyi menuju firdausi.

KESIMPULAN


Cinta yang unggul adalah cinta kepada Ilahi.

Janganlah hendaknya kecintaan anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi lupa dan kebencian anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi hancur.

(Umar Ibn Khattab)

Jangan hendaknya perasaan cintamu menyebabkan dirimu menjadi sengsara dan kebencianmu membuat kamu membabi buta

(Anwar Jundi)

Jangan anda terlalu cepat jatuh cinta dan terpedaya oleh manis senyumannaya, kerana mendung awan yang tebal itu pada mulanya kelihatan cahaya terang dan janganlah anda tertipu dengan senyuman, sesungguhnya racun itu, kadangkala dalam manisan.

(Hukamak)

Walaupun perasaan cinta dan kasih sayang merupakan fitrah dari Allah, tetapi kita perlu sedar bahawa keabadian cinta itu tidak akan diperolehi sebagai satu anugerah tanpa diiringi dengan usaha dan susah payah.

(Abul Islami)


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...