Interaksi kasih sayang adalah merupakan pembuluh untuk menyalurkan konsep persaudaraan yang begitu utuh. Cinta sesama mukmin inilah yang mengajar manusia supaya menyintai ibubapa . Malah menherdik ibubapa yang bererti merungkai talian cinta kepada keduanya adalah merupakan dosa besar sebagaimana yang dusebut dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Bakrah r.a katanya : “Ketika kami bersama rasullulah s.a.w baginda telah bersabda: Mahukah aku ceritakan sebesar-besar dosa ialah tiga perkara iaitu mensyirikkan Allah,mengherdik kedua-dua ibua bapa dan bersaksi palsu ”(Hadis riwayat Bukhari)
Alangkah indahnya sebuah agama yang mengajar penganutnya agar menghormati dan menyintai kedua ibubapa yang telah melalui susah payah untuk membesarkan anak-anak mereka. Di manakah lagi keindahan yang telah lebih menyerlah selain yang terdapat di dalam Islam. Selain daripada yang terdapat di dalam Islam juga meletakkan Cinta sesama mukmin. Rasullulah pernah bersabda , dari AbiHamzah Anas bin Malik radiyallah ‘anh, khadam Rasullulah s..a.w: “ Tidak beriman seseorang daripada kamu hingga ia mencintai untuk sahabatnya apa yang ia cintai untuk dirinya”
Hubungan cinta dengan iman memang ssuatu yang tidak patut dipisahkan. Cinta sesama mukmin atau kasoih sayang terhadap seseorang mukmin yang lain seharusnya dihubungi dengan iman. Maka akan berkurangan iman kita kalau kurangnya cinta. Dan cinta yang dimaksudnya ialah yang didasarkan kepada agama bukan kepada perkemanusiaan semata-mata. Erti tiada iman dalam hadith yang disebutkan di atas ialah tidak sempurna iaman (bukan tiada iman) dari orang yang tidak cinta kepada saudaranya sebagaimana ia cinta pada dirinya sendiri. Seharusnya apa yang kita hajati untuk diri kita seharusnya di hajatkan kepada saudara kita jua. Dan sememangnya hajat tersebut ialah untuk memperolehi kebaikan dan manfaat Dan cinta tersebut bukanlah cinta kerana tabiat kemanusiaan tetapi kerana roh keagamaan. Oleh kerana tabiat manusia sememangnya tidak suka melihat orang lain mendapat kebaikan atau orang lain itu berbeza keadaan daripadanya. Perkara inilah yang sering terjadi kepada masyarakat kini.
Imam Nawawi menerangkan bahawa kalau seseorang itu tidak cinta kepada saudaranya sebagaimana ia cinta pada dirinya maka dia adalah seorang pendengki. Menurut Imam Ghazali pula, pendengki ini terdiri daripada 3 jenis dan ketahuilah ketiga-tiganya adalah haram bagi setiap muslim.:
v Bercita-cita supaya hilang terus nikmat orang lain dan berpindah nikmat itu kepadanya.
v Bercita-cita supaya hilang nikmat tersebut sekalipun ia tidak mendapatnya. Keranan boleh jadi, ia telah mempunyai nikamt tersebut atau nimat tersebut tidak disukai.
v Tidak bercita-cita hilang nikmat itu dari orang lain, tetapi dia tidak suka melihat orang itu lebih tinggi daripadanya.
Sesungguhnya sesiapa yang tidak suka akan apa yang telah ditentukan Allah adalah melawan ketentuan dan kebijaksanaa Alah serta tidak ada perasaan insaf dan ytimbang rasanya atau kasih sayangnya. Oleh itu, untuk mempastikan perasaan cinta ini terus didasari jalan yang benar, ambillah hadith ini sebagai pedoman:
“Berzuhudlah pada dunia nescaya engkau dicintai Allah dan berzuhudlah pada apa yang ada di tangan manusia agar englkau dicintai manusia… ”
Oleh kerana hadith ini tidak dijadikan pedoman, banyak negara Islam kini dicerobohi oleh orang kafir yang tahu akan kelemahan kita. Kebanyakan negara Islam kini yang tidak mencintai antara satu sama lain sehingga menyebabkan orang luar campur tangan dalam hal ehwal negara sendiri.
Tidak dapat kita bayangkan betapa seksanya hidup dalam peperangan. Anak-anak menjadi korban, wanita dijadiakn hamba seks sementara lelakinya bertungkus lumus mempertahankan negara tercinta. Namun begitu penyesalan tidak berguna lagi bila amalan cinta sesama mukmin tidak diamalkan sejak awal lagi.
No comments:
Post a Comment