Salam Alaikum

BismillÃh HirRohmaanir Rohimm

Kata Hikmah AM

~~~... aku BERANI kerana BENAR, lalu aku tidak GENTAR. aku bukan JEBAT, dan aku bukanlah juga TUAH. tetapi, aku adalah hamba doif yang bergelar KHALIFAH di muka bumi ALLAH ...~~~


biar orang hina diri kita tapi jangan kita hina diri sendiri, biar orang lukakan hati kita, jangan kita sesekali melukai diri sendiri, kita berhak atas diri kita sesungguhnya air mata itu adalah penyampai perasaan dan luahan jiwa..

yA AllAh, ApAbIlA ENGKAU mEmAnggIlkU, AmbIlAh AkU dAlAm kEAdAAn KhUsnUl KhOtImAh dAn sEmpAtkAnlAh AkU mEngUcApkAn kAlImAt "LA ILAHA ILLALLAH"

Ahli Jemaah

Network Blogger

Demi Masa

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Dan Penyayang

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Segala hakcipta milik Allah S.W.T. Jika difikirkan perlu copy dan sebar, silakan. Tak perlu minta izin.

There’s No Copyright In Islam

Tuesday, March 23, 2010

Mengenal Golongan Anti Hadis


Golongan Anti Hadis adalah mereka yang menolak atau meragui Hadis atau Sunnah Nabi

Muhamad s.a.w. sebagai sumber kedua syariat Islam selepas al-Quran.

Pandangan kita Ahlus Sunnah Wal Jamaah

Hadis atau Sunnah Nabi Muhamad s.a.w. merupakan sumber kedua syariat Islam selepas

al-Quran.

Sumber pengambilan hukum yang terlah disepakati oleh para ulamak ada empat, iaitu:

1 . Al-Quran

2 . Al-Sunnah atau Hadis

3 . Ijmak

4 . Qiyas.

Sejarah Golongan Anti Hadis

Golongan Anti Hadis Pada masa sahabat

Al-Hasan berkata, semasa Imran bin Husain sedang mengajar Hadis, terdapat seorang yang

meminta agar tidak perlu mengajar Hadis, memadai dengan al-Quran sahaja. Imran menjawab:

"Engkau dan sahabat-sahabat engkau boleh membaca al-Quran. Mahukah engkau

mengajarkanku sembahyang dan syarat-syaratnya kepadaku? Atau zakat dan syarat-syaratnya?

Engkau selalu tidak hadir. Sedangkan Rasulullah s.a.w. telah mewajibkan zakat begini.. begini.."

Orang itu menjawab: "Terimakasih, aku baru sedar." Dan dikemudian hari orang itu menjadi

seorang ahli fikah.

Perkara yang terjadi kepada Umayah bin Khalid pula. Dia sedaya upaya cuba mencari

penyelesaian seluruh masalah dengan hanya merujuk kepada al-Quran sahaja. Akhirnya dia

berkata kepada Abdullah bin Umar bahawa di dalam al-Quran dia hanya berjumpa dengan

masalah sembahyang di rumah dan ketika perang sahaja. Sedangkan masalah sembahyang

musafir tidak dapat ditemui. Abdullah bin Umar menjawab: "Wahai keponakanku, Allah telah

mengutuskan Muhamad s.a.w. dan kita tidak tahu apa-apa. Kita kerjakan sahaja apa yang Nabi

s.a.w. lakukan."

Ayub al-Sakhtiyani berkata: "Apabila engkau mengajar Hadis kepada seseorang, kemudian dia

berkata: "Tak perlu pakai Hadis, ajarkan kami al-Quran sahaja", maka ketahuilah bahawa orang

itu sesat dan menyesatkan."

*********

Di atas, jelas bahawa bibit-bibit anti hadis sudah mulai wujud sejak zaman sahabat lagi. Cuma ia

tidak serius dan masih berbentuk pandangan individu, tidak secara kelompok, jamaah atau

gerakan. Dan ia berlaku disebabkan salah faham terhadap kedudukan hadis sebagai sumber

syariah. Namun dengan cepat ia diperbetulkan.

Sejak masa berkenaan, pandangan mahukan al-Quran sahaja tanpa hadis lenyap pada akhir

kurun kedua hijrah. Ia tidak kedengaran lagi. Kerana umat pada masa lalu sepakat menerima

Hadis sebagai sumber kedua hukum di dalam Islam. Baik Dari kelompok majoriti – Ahlus Sunnah

maupun kelompok-kelompok kiri yang majoriti seperti Syiah, Muktazilah dan Khawarij –

masing-masing menerima Hadis sebagai sumber hukum. Walaupun ada beberapa pendapat

yang mengatakan bahawa kaum Muktazilah adalah termasuk di dalam golongan anti hadis,

tetapi pendapat ini tertolak samasekali. Pendapat berkenaan bergantung kepada beberapa

riwayat (cerita), sedangkan kenyataannya Muktazilah menerima Hadis. Ini berlaku kerana seorang

yang bermazhab Muktazilah bernama al-Nazam telah menolak Hadis. Ini pendapat ini tidak

lebih dari pendapat peribadi beliau, bukan pendapat Muktazilah. Buktinya, majoriti orang-orang

Muktazilah mengkafirkan beliau.

**********

Golongan Anti Hadis Pada Zaman Imam al-Syafi'i

Ada satu kisah tentang dialog antara Imam Syafi’I dengan Golongan Anti Hadis:

Golongan Anti Hadis bertanya kepada imam Syafi’I: "Ada atau tidak, dalil yang bersifat zhanni

menghalalkan suatu masalah yang telah diharamkan dengan dalil bersifat pasti?"

Imam Syafi’I: "Ada."

Golongan Anti Hadis: "Apa dia?"

Imam Syafi’I: "Apa pendapatmu mengenai orang yang membawa harta di sebelah saya ini?

Bukankah dia ini haram dibunuh dan hartanya haram dirampas?"

Golongan Anti Hadis: "Ya. haram dibunuh dan hartanya haram dirampas"

Imam Syafi’I: "Tetapi, apabila ternyata ada dua orang saksi yang mengatakan bahawa orang ini

baru sahaja membunuh orang lain dan merompak hartanya.. Apakah pendapat kamu mengenai

orang ini?’

Golongan Anti Hadis: "Dia mesti diqisas dan hartanya mesti dirampas untuk dikembalikan kepada

warisnya."

Imam Syafi’I: "Apakah ada kemungkinan dua orang saksi tadi berbohong atau terkeliru?"

Golongan Anti Hadis: Ya, ada kemungkinan."

Imam Syafi’I: "Jika begitu, kamu telah membolehkan membunuh (qisas) dan merampas harta

dengan dalil zhanni, sedangkan membunuh dan merampas harta itu telah diharamkan

menggunakan dalil yang pasti."

Golongan Anti Hadis: Ya, kerana kita diperintahkan untuk menerima persaksian."

**********

Golongan Anti Hadis Abad Modern

Setelah beberapa abad (lebih kurang sebelas abad), muncul semula pemikiran anti hadis.

Muncul di Iraq dan di Mesir pada zaman Syeikh Muhamad Abduh. Ia muncul, dipercayai hasil

dari suntikan penjajah Barat yang ketika itu sedang rancak menjajah negara umat Islam. Mereka

berjaya menimbulkan keraguan di hati sebahagian kecil umat Islam. Tujuannya adalah untuk

melumpuhkan terus kekuatan umat Islam yang ketika itu sememangnya sedia dalam keadaan

lemah.

Dr Taufiq Sidqi telah menulis dua artikel di dalam majalah al-Manar pimpinan Saiyid Rasyid

Redha. Pada mulanya, idea-idea Dr. Taufiq mendapat perhatian dari Saiyid Rasyid Redha,

tetapi menurut Dr. Mustafa al-Siba’I, beliau menarik balik pandangan berkenaan.

Di dalam artikel berkenaan, Dr.Taufiq menyeru al-Quran sahaja, tidak perlu sunnah.

------------------------

Golongan Anti Hadis Di Malaysia

Golongan Anti Hadis di Malaysia telah dipelopori oleh Kasim Ahmad melalui bukunya Hadis:

Satu Penilaian Semula (1986). Golongan ini meragui kedudukan Hadis sebagai sumber kedua

syariat Islam. Mereka menyeru agar umat Islam kembali kepada al-Quran sahaja.

Kemudian beliau cuba menubuhkan Jamaah al-Quran Malaysia (JAM) tetapi gagal kerana tidak

mendapat kebenaran dari kerajaan Malaysia. Walaupun begitu, tidak bermakna beliau tidak

dapat bergerak langsung, malahan beliau masih aktif menulis di akhbar-akhbar utama

mencurahkan idea-idea anti Hadisnya.

Antaranya ialah sebuah rencana yang ditulis di dalam sebuah akhbar tempatan mengenai

masalah perpecahan umat Islam. Beliau menyeru agar umat Islam kembali kepada al-Quran

sahaja.

Buku Hadis: Satu Penilaian Semula

Di dalam buku Hadis: Satu Penilaian Semula, Kasim Ahmad telah menolak Hadis sebagai

sumber aqidah dan perundangan Islam berdasarkan faktor-faktor berikut:

1 . Pembukuan kitab-kitab al-Hadis, terutama enam buah buku al-Hadis (Sunan al-Sittah), dibuat

pada akhir abad kedua dan permulaan abad ketiga Islam, iaitu di antara 200 dengan 300 tahun

setelah Rasulullah s.a.w. wafat.

2 . Pembukuan ini pula tidak dibuat lebih awal, khasnya dalam pemerintahan al-Khulafa'

al-Rasyidin.

3 . Kewujudan al-Hadis menimbulkan pertelagahan politik, faham kepuakan, anti-intelektualisme,

kebekuan dan opurtunis politik.

Pandangan kita Ahlus Sunnah Wal Jamaah

i. Di atas Kasim Ahmad telah menafikan kewujudan Hadis pada zaman Rasulullah s.a.w. dan

zaman sebelum pembukuan Hadis. Ini adalah dakwaan yang tidak benar, kerana Hadis

Rasulullah s.a.w. telah wujud bersama turunnya wahyu (al-Quran). Perkara ini telah termaktub di

dalam kitab-kitab tarikh (sejarah) karangan ulamak Islam silam seperti kitab Tabaqaat Ibnu Sa'd,

Sirah Ibnu Hisyam dan lain-lain. Di dalamnya tidak terlepas dari menyebutkan bagaimana

keadaan mula turun wahyu.

Begitu juga yang tertulis di dalam kitab-kitab tafsir seperti Tafsir al-Qurthubi, Tafsir al-Thabari,

Tafsir Ibnu Kathir dll. Di dalamnya terdapat penjelasan mengenai ayat pertama mula diturunkan

dan sebab turunnya. Di dalamnya juga disertakan penjelasan bagaimana Rasulullah s.a.w.

mendidik para sahabatnya menghayati Islam dan menyebarkan Islam.

Di atas semua itu adalah bukti wujudnya Hadis pada zaman Rasulullah s.a.w. Adalah suatu

perkara yang mustahil para penulis kitab tarikh, tafsir dan ahli hadis telah beramai-ramai

bersepakat untuk melakukan pendustaan.

ii. Hadis-hadis Rasulullah s.a.w. pada zaman baginda memang diakui tidak dibukukan. Walaupun

begitu Sunnah atau Hadis Nabi s.a.w. tetap:

a. Diamalkan oleh umat Islam pada zaman tersebut,

b. Dibolehkan menulis hadis-hadis nabi.

c. Terpelihara dan tersimpan dengan baik di kalangan para sahabat dan umat Islam.

d. Terdapat sahifah (lembaran-lembaran) yang ditulis oleh para sahabat yang mengandungi

hadis Rasulullah s.a.w. Mengenai tulis-menulis hadis memang telah wujud pada zaman

Rasulullah s.a.w. Terdapat tiga peringkat, iaitu:

Peringkat pertama: Rasulullah s.a.w. menegah penulisan Hadis kerana dikhuatiri akan

bercampur-baur dengan al-Quran.

Peringkat kedua: Rasulullah s.a.w. memberi keizinan khas kepada Abdullah bin Amr yang telah

menulis hadis semasa hayat Baginda.

Peringkat ketiga: Pada tahun kemenangan kaum muslimin ke atas kota Mekah (Fath Makkah),

Baginda telah memberi kebenaran am kepada para sahabat untuk menulis Hadis.

iii. Kasim Ahmad mendakwa bahawa Hadis-hadis telah mewujudkan faham kepuakan. Ini adalah

dakwaan yang dusta. Kerana Hadis-hadis yang mendokong faham kepuakan adalah terdiri dari

hadis-hadis palsu (maudhu') yang ditolak oleh umat Islam.

iv. Hadis bukanlah penyebab kemunduran dan kebekuan umat Islam sebagaimana yang didakwa.

Kemunduran umat Islam yang berlaku sekarang adalah disebabkan oleh faktor-faktor lain

antaranya ialah:

a . Kejahilan

b . Kehilangan budi pekerti

c . Kerosakan moral para pemimpinnya.

d . Tidak menghayati ajaran Islam sebenarnya yang menyebabkan mereka menjadi jumud

(beku).

e . Bersikap penakut, pengecut dan kedekut untuk berkorban kerana Islam

Buku- Hadis: Satu Penilaian Semula dan Sembahyang Lima Waktu

Di dalam buku ini Kasim Ahmad yang mewakili Golongan Anti Hadis mengatakan bahawa

sembahyang lima waktu dengan segala perinciannya telah diwarisi dari Nabi Ibrahim a.s.

Malah Rashad Khalifa yang menjadi ikutan Golongan Anti Hadis telah mengatakan bahawa Abu

Jahal dan lain-lain Arab Jahiliyah telah mengerjakan sembahyang lima waktu.

Dengan ini, mereka menafikan sembahyang lima waktu itu telah difardukan semasa Israk dan

Mi'raj.

Pandangan kita Ahlus Sunnah Wal Jamaah

Pendapat mengenai sembahyang lima waktu itu diwarisi dari Nabi Ibrahim a.s. adalah sesat dan

ditolak oleh Islam. Kerana kewajipan sembahyang lima waktu telah difardhukan pada malam

Isra' dan Mi'raj. Inilah yang dikatakan oleh Rasulullah s.a.w. sendiri, para sahabat, tabi'in dan

para ahli sejarah.

Manakala perincian tentang sembahyang pula, seperti niat, takiratul ihram, rukuk, sujud dll, tidak

diterangkan oleh al-Quran. Perincian mengenainya tidak boleh didapati di mana-mana buku

atau kitab melainkan di dalam Hadis-hadis Rasulullah sahaja.

(Sumber: Abdul Halim El-Muhammady, Islam dan al-Hadith: Satu analisis ke atas usaha-usaha

merosakkan peribadi dan autoriti Rasulullah s.a.w.)

Kerajaan Malaysia Mengharamkan Golongan Anti Hadis

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telahpun mengharamkan golongan ini:

Ajaran Golongan Anti Hadith

ISI AJARAN

1. Menolak hadith sebagai sumber akidah dan perundangan Islam.

2. Menolak dua kalimah Syahadah.

3. Menolak Qada’ dan Qadar

4. Memesong pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran, contoh ayat 12 Surah At-Taghabun,

dikatakan taat kepada Rasul itu hanya taat kepada wahyu.

5. Hadith/Sunnah merupakan ajaran palsu dan ia merupakan punca kekeliruan dan perpecahan

yang terbesar dikalangan umat Islam

6. Menerima selain daripada Al-Quran sebagai sumber hukum Islam adalah syirik.

TARIKH MUNCUL

1985

TEMPAT BERKEMBANG

Seluruh Malaysia

TINDAKAN/HUKUMAN

Difatwakan haram, sesat dan murtad oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri:

1 . Wilayah Persekutuan - 15 Jan 1996

2 . Selangor - 23 Nov 1995, Sel P.U. 46

3 . Melaka - 29 Feb 1996, No 78

4 . Negeri Sembilan - 5 Jan 1996, N.S.P.U. 3

(Sumber: )

Penutup

Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dan menghindarkan diri dari golongan Anti Hadis ini.

Golongan ini telah diisytiharkan sebagai sesat dan orang yang menganut fahaman yang mereka

bawa telah difatwakan sebagai murtad, terkeluar dari agama Islam yang suci - wal 'iya zubillahi

min zalik.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...