Salam Alaikum

BismillÃh HirRohmaanir Rohimm

Kata Hikmah AM

~~~... aku BERANI kerana BENAR, lalu aku tidak GENTAR. aku bukan JEBAT, dan aku bukanlah juga TUAH. tetapi, aku adalah hamba doif yang bergelar KHALIFAH di muka bumi ALLAH ...~~~


biar orang hina diri kita tapi jangan kita hina diri sendiri, biar orang lukakan hati kita, jangan kita sesekali melukai diri sendiri, kita berhak atas diri kita sesungguhnya air mata itu adalah penyampai perasaan dan luahan jiwa..

yA AllAh, ApAbIlA ENGKAU mEmAnggIlkU, AmbIlAh AkU dAlAm kEAdAAn KhUsnUl KhOtImAh dAn sEmpAtkAnlAh AkU mEngUcApkAn kAlImAt "LA ILAHA ILLALLAH"

Ahli Jemaah

Network Blogger

Demi Masa

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Dan Penyayang

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Segala hakcipta milik Allah S.W.T. Jika difikirkan perlu copy dan sebar, silakan. Tak perlu minta izin.

There’s No Copyright In Islam

Sunday, March 14, 2010

Mahabbah

Cinta sememangnya sangat subjektif. Manusia di dalam dirinya dianugerahi rasa cinta. Cinta inilah yang memberikan manusia daya hidup dan perjuangan. Dengan cinta manusia membangun keharmonian hidup bersama manusia lainnya. Dengan cinta manusia membina hubungan rumah tangga. sebuah rumah tangga yang bahagia adalah yang di bina di atas dasar mawaddah / kasih dan rahmah/ sayang di antara pasangan manakala perasaan rahmah mula berputik apabila hubungan semakin meningkat.

Untuk mentakrifkan kalimah cinta adalah suatuyang sukar dan adalah suatu fitrah yang dianugerahkan oleh Allah kepada kita. Bertentangan sekali dengan suara-suara yang berani menyatakan bahawa cinta antara lelaki dan wanita adalah satu dosa dan boleh menjejaskan hubungan antara hamba dan khaliqnya. Sabda Nabi s.a.w apabila mengenangkan isteri-isteri baginda: “Ya Allah, inilah bahagianku daripada apa yang aku miliki, maka janganlah Engkau memurkai terhadap apa yang aku miliki dan Engkau tidak miliki…” Nabi s.a.w sebagai seorang manusia biasa tidak dapat mengawal perasaan cintanya lebih terhadap isteri baginda yang lain. Maksud daripada hadis tersebut ialah seseorang manusia tidak memiliki hatinya(tidak mampu mengawal perasaan hatinya) daripada perasaan marah, gembira, rindu, sedih dan cinta.semunya berlaku dengan kehendak Allah

Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.

Islam memberkati setiap hubungan percintaan di antara lelaki dan perempuan selagi ianya berpandukan hukum syara’ dan tidak melampaui hadnya, selagi cita-cita mereka adalah untuk membina rumahtangga dan bukan di atas dasar suka-suka. Wajib bagi setiap pasangan agar menyatukan antara cinta dan akhlak kerana cinta adalah naluri kecenderungan antara dua jantina yang berbeza manakala akhlak pula adalah sebagai benteng yang
menghalang dari berlakunya perkara yang melampaui batas. Islam meletakkan akhlak dan batasan tertentu kepada naluri semulajadi adalah sebagai penghargaan kepada sifat makhluk manusia. Dan di sinilah tersembunyinya rahsia mengapa manhaj Islam tersendiri dari lain-lain manhaj ciptaan manusia. Antara garis panduan yang wajib kita taati di dalam hubungan percintaan antara lelaki dan perempuan ialah penjagaan batas-batas aurat. Difahamkan bahawa aurat antara lelaki adalah di antara pusat dan dua lutut manakala aurat perempuan adalah seluruh anggota tubuh badan kecuali muka dan telapak tangan. Oleh yang demikian perlulah bagi setiap lelaki dan perempuan untuk menutup auratnya. Disyariatkan pengharaman memandang anggota-anggota aurat di dalam Islam adalah sebagai langkah untuk memelihara manusia daripada perkara yang menggerakkan naluri dan mengobarkan keinginan nafsu.firman Allah s.w.t: “Dan katakanlah kepada para mukmin; jatuhkanlah pandangan kamu (dari memandang perkara yang tidak halal dipandang). Dan katakanlah kepada para mukminat; jatuhkanlah pandangan kamu.”
Pandangan adalah pembangkit atau pengerak nafsu syahwat, adalah jendela yang boleh dilalui oleh faktor keinginan dan minat. Allah s.w.t telah menciptakan mata itu sebagai cermin dari hati, maka apabila seseorang menutup pandangannya maka hati pun akan tertutup nafsunya. Sabda Nabi s.a.w: “Setiap kali seseorang muslim terpandang kecantikan seseorang lalu ia memalingkan pandangannya dari situ’ maka Allah membaharukan untyuknya satu ibadah yang kemanisannya terasa di dalam hatinya”
Sesungguhnya pertimbangan kejiwaan yang lengkap yang ditunjukkan oleh Islam berkaitan perintah menutup aurat dan naluri manusia, tiada bandingannya dengan mana-mana peradaban di dunia. Di dalam Islam ternyata tugas utama pakaian ialah memberi perlindungan kepada tubuh dan bukanlah sebagai perhiasan semata-mata. Perlu ditekankan di sini bahawa pakaian berlengan pendek adalah haram di pakai di hadapan seorang lelaki ajnabi, begitu juga sebarang pakaian yang ketat atau terlalu lembut sehingga boleh menampakkan sebahagian susuk tubuh. Namun begitu tidak ramai pasangan yang tidak mengendahkan perkara ini.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...