Apabila tiba bulan Sya'aban banyaklah artikal berkaitan dengan ibadah puasa sunat dalam bulan Sya'aban , bacalah dengan teliti dan pastikan segala amalan yang di sarankan itu berdasarkan Hadis Rasulallah SAW.
Dibawah ini dijelaskan beberapa hadis yang berkaitan dengan berpuasa di dalam bulan Sya’aban yang di amalkan oleh Rasulallah SAW. Diantara hadis tersebut adalah seperti berikut:-
1 . Dari Abu Hurairah RA,katanya Rasulallah SAW Bersabda:"Apabila tertinggal separuh dari bulan Sya'aban,maka janganlah engkau berpuasa".
Diriwayatkan oleh Tarmizi dan ia mengatakan bahawa hadis ini Hassan Sohih.
(Riyadhaus Shalihin:Imam Nawawi:Jld 2:MS 1176).
2 . Didalam Riwayat lain dari Abu Daud 2337, At Tarmizi 738, Ibnu Majah 1651,Ahmad II/442, Ad Darimi II/17, Ibnu Hiban 3559, Al Baihaqi IV/209, melalui beberapa jalur dari Al ‘Ala bin Abdir Rahman dari ayahnya dari Abu Hurairah RA. Sanadnya Sohih:
“Jika telah tiba separuh akhir bulan Sya’aban janganlah berpuasa hingga masuk Ramadhan”.
Hadis diatas bermaksud ialah sudah tidak menjadi sunat apabila dikerjakan bermula dari ditengah tengah bulan Sya’aban. Kalau bermula dari awal tidak mengapa, Imam Syafie memberikan hukumnya haram.
(Bulughul Maram: MS 387)
At Tarmizi III/115 :”Makna hadis ini menurut sebahagian ahli ilmu adalah sesaorang yg tidak berpuasa (Dari awal Sya’ban),namun setelah masuk separuh akhir bulan Sya’aban ia berpuasa untuk menyambut Ramadhan”
(Ensiklopedi Larangan Menurut Quran dan Sunnah:Syiekh Salim Bin ‘Ied Al Hilali: Jld 2:MS 163).
3 . Dalam riwayat lain dari Abu Hurairah, Rasulallah SAW bersabda:”Janganlah mendahului Ramadhan dengan berpuasa KECUALI bila bertepatan dengan puasa sunah yang rutin dikerjakan oleh sesaorang”
Hadis ini menunjukkan bahawa larangan ini ditujukan kepada orang yang sengaja berpuasa untuk menyambut bulan Ranmadhan.
(Ibid :MS 163).
4 . Dari ‘Aisyah R.A. dia berkata :”Rasulallah SAW biasa berpuasa hingga kami mengira Baginda tidak berbuka dan Baginda berbuka sehingga kami mengira Baginda tidak berpuasa.Dan saya tidak melihat Rasulallah SAW menyempurnakan puasa pada sesuatu bulan penuh,kecuali puasa Ramadhan.Dan saya tidak melihat Baginda berpuasa pada satu bulan yang lebih banyak dari puasa bulan Sya’aban.
(Mutafaqun ‘Alaih/ Disepakati oleh Ahli Hadis) Lafaz ini menurut Muslim.
(Subulus Salam:Jld 2:MS 660).
Dari hadis diatas menunjukkan Nabi SAW tidak berpuasa secara berturut turut pada sesuatu bulan,Baginda berpuasa sesuai dengan keadaan ,jika terlalu sibuk baginda tidak berpuasa. Baginda berpuasa lebih banyak pada bulan Sya’aban berbanding bulan lain. Baginda berpuasa di bulan Sya’aban lebih utama kerana mengagongkan bulan Ramadhan seperti diriwayatkan dari At Tarmizi dari Anas .
(Ibid:MS 661).
5 . Didalam Sohih Muslim ;Jld 2:MS 266:Hadis 1125. ‘Aisyah berkata :”Aku tidak pernah melihat Baginda berpuasa sunat lebih banyak dari bulan Sya’aban.
6 . Didalam Sohih Bohari :Jld 4:MS 428:Hadis 1874. Dari Abu ‘Awanah berkata:”Dari Abu Bisyr dari Saad dari Ibnu Abas RA ,katanya:” Tidak pernah Nabi SAW berpuasa sebulan penuh sama sekali selain pada bulan Ramadhan. Baginda berpuasa tidak terus menerus....”
Ada sesetengah pendapat ulama' mengatakan puasa dalam bulan Sya'aban tidak melebihi lima belas hari.
Adapun puasa khusus pada nisfu Sya’aban (Pertengahan bulan Sya’aban) kerana menyangka ada kelebihan dari yang lain,maka tidak berlandaskan dalil atau keterangan yang sah.
(Fikih Sunnah:Sayid Sabiq:Jld 3:MS 204)
Wallah Hu 'Alam.
Salam Alaikum
BismillÃh HirRohmaanir Rohimm
Kata Hikmah AM
~~~... aku BERANI kerana BENAR, lalu aku tidak GENTAR. aku bukan JEBAT, dan aku bukanlah juga TUAH. tetapi, aku adalah hamba doif yang bergelar KHALIFAH di muka bumi ALLAH ...~~~
biar orang hina diri kita tapi jangan kita hina diri sendiri, biar orang lukakan hati kita, jangan kita sesekali melukai diri sendiri, kita berhak atas diri kita sesungguhnya air mata itu adalah penyampai perasaan dan luahan jiwa..
yA AllAh, ApAbIlA ENGKAU mEmAnggIlkU, AmbIlAh AkU dAlAm kEAdAAn KhUsnUl KhOtImAh dAn sEmpAtkAnlAh AkU mEngUcApkAn kAlImAt "LA ILAHA ILLALLAH"
Ahli Jemaah
Network Blogger
Demi Masa
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Dan Penyayang
Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.
Segala hakcipta milik Allah S.W.T. Jika difikirkan perlu copy dan sebar, silakan. Tak perlu minta izin.
There’s No Copyright In Islam
No comments:
Post a Comment