Salam alaikum...
Kali ini entri lain sikit... bagi semua rajin... J
Copy paste entri dibawah ke dalam microsoft word dan tuka font.. J
Selamat membaca.... J
Janganlah kita memandang rendah erti persahabatan, kerana dalam hidup ini kita tidak mampu melangkah seorang diri tanpa seorang sahabat.Orang yang suka mengkhianati teman sendiri adalah ibarat binatang yang suka memakan bangkai. Bertambah busuk bangkai bertambah pula seleranyaTeman yang banyak boleh diibaratkan seperti pasir pasir di pantai tetapi teman yang satu adalah mutiara di antara pasir pasir itu.Teman ketawa bagaikan air di daun keladi walau tercurah tak berkesan. Tapi sahabat sejati bagai air lalu walau dicincang ia tak mungkin kan putus.Bersahabatlah dengan hatimu terlebih dahulu daripada bersahabat dengan orang lain.Musuhmu adalah sahabatmu yang akrab.
Persahabatan yang begitu erat punya pengertian yang dalam bagi kita yang menghargainyaTidaklah kita dapat mengenal oranglain melainkan dengan 3 waktu.Tidak dapat diketahui adakan seorang itu pemaaf melainkan ketika dia marah. Tidak dapat dikenal seorang itu berani melainkan pada waktu berjuang. Tidak dapat dikenal sahabat melainkan waktu kesusahan.Dua sahabat yang sejati akan selari dalam apa jua bidang yang diceburi, dan saling memahami antara mereka.Terlalu sukar menjalin persahabatan kerana ia adalah pertautan hati bukan pertautan fikiran, lebih-lebih lagi bukan hubungan kebendaan semata.Persahabatan yang akrab tidak akan dapat dipisahkan melainkan dengan kematian.Bertemanlah dengan orang yang suka membela kebenaran.Dialah hiasan dikala kamu senang dan perisai diwaktu kamu susah.Seorang sahabat adalah yang dapat mendengarkan lagu didalam hatimu dan akan menyanyikan kembali tatkala kau lupa akan bait-baitnya.
Sahabat adalah anugerah Tuhan untuk menjaga kitaRasa hormat tidak selalu membawa kepada persahabatan,tapi jangan pernah menyesal untuk bertemu dengan orang lain tetapi menyesallah jika orang itu menyesal bertemu dengan kamu.
Kamu tidak akan pernah memiliki seorang teman,jika kamu mengharapkan seseorang tanpa kesalahankerana semua manusia itu baik kalau kamu dapat melihat kebaikannya dan menyenangkan kalau kamu dapat melihat keunikannya. Tetapi semua manusia itu akan buruk dan membosankan kalau kamu tidak dapat melihat keduanya.
Laman istana berbatu-batu,
Laman ditanam si pohon ara;
Teman ketawa beribu-ribu,
Teman berduka boleh dikira.
Mawar berduri di dalam taman,
Indah kembang bersama dahlia;
Bila sendiri ku damba teman,
Derita melayang berganti bahagia.
Kota merintih ditimpa sengketa,
Kota berdebat berhasad dengki;
Cinta kekasih berair mata,
Cinta sahabat penawar hati.
Pohon amra buahnya lebat,
Dipetik sebiji si dara sunti;
Mekarlah cinta dua sahabat,
Semerbak seri penyejuk hati.
Indahnya kolam tengah taman,
Tempat bertemu janji diikat;
Selamat malam duhai teman,
Moga lenamu di dalam berkat.
Ibu ayam mencari makan,
Dalam kebun mengais-ngais;
Hati-hati memilih rakan,
Sama suka sama nangis
Teruja aku pada kata-kata Imam Al-Ghazali yang mulia:
"Ukhwah itu bukan pada indahnya pertemuan,tapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya di dalam doanya"Ku harap mekar di hati,Agar persahabatan suci ini,Kan terus mantap,Menjadi syafaat,Terukir indah di pintu Jannah.~..
Ukhwah yang dibina antara kita, Biarlah seperti seutas tasbih, Ada awal, Tiada penghujungnya, Dicipta untuk mengingatiNYA, Dibahagi untuk cintaNYA, Diratib demi redhaNYA..
~KETIKA SATU PINTU KEBAHAGIAAN TERTUTUP, PINTU LAIN DIBUKAKAN.TAPI SERINGKALI KITA TERPAKU TERLALU LAMA PADA PINTU YANG TERTUTUP SEHINGGA TIDAK MELIHAT PINTU LAIN YANG DIBUKAKAN BAGI KITA.
"selemah-lemah manusia ialah org yg tidak boleh mencari sahabat Dan orang yg lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yang telah dicari" -Saidina Ali-
angan Berkawan dengan orang yang tamak kerana pada zahirnya ia ingin membahagiakanmu tetapi hakikatnya dia akan mencelakanmu,Jauhilah berteman dengan pembobong kerana ia boleh menjadikan orang yang dekat lari daripadamu dan sebaliknya,Janganlah berkawan dengan orang yang bakhli kerana ia akan melupaimu di waktu kamu sangat memerlukan dan jauhilah bersahabat dengan orang yang suka berbuat jahat kerana ia tidak malu unutk menjualmu dengan harga yang
Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar,Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan,Sahabat sejati menjadi pendorang impian,Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan ALLAH
"Sahabat umpama pohon yang berbuahKadangkala memberi nikmatkadangkala memberi peringatan
"Persahabatan itu seperti tangan dengan mata,Saat tangan terluka mata menangis,Saat mata menangis tangan menghapusnya...."
Cakap sahabat yg jujur lebih besar harganya daripada harta benda yg diwarisi dari nenek moyang.Prsahabatan adalah anugerah...yang membuat kita tertawa...menangis...memberi...menerima....DAN...yang paling penting ia membuat kita menghargai HIDUP kita.
"sahabat sejati adalah mereka yang sanggup berada di sisimu ketika kamu memerlukan sokongan walaupun saat itu mereka sepatutnya berada di tempat lain yang lebih menyeronokkan.
"Andai saat itu kau mengingati ALLAH,dan di setiap saat itu juga aku teringatkan ALLAH,Bermakna waktu itu kita telah menjadi satu,Kerana mencintai ALLAH yang satu..._saLamSahAbaT_
Jika hari ini diriku terlalu gembira dengan duniawi, sedarkanlah aku dengan amaran Allah. Jika aku bersedih, pujuklah aku dengan tarbiah Pencipta. Jika antara kita ada tembok memisahkan leraikan ia dengan ukhwah dan jika pernah hatimu terluka lantaran sikapku luahkanlah agar aku berubah. Namun satu pintaku, berjanjilah..ukhwah kita untuk selamanya
saya Perjuang Pertahankan Hak Org Melayu Islam Didalam Perlembagaan Negara Digelar Racist, Cauvinis Dan Perkauman pelbagai2 lagi kutukan , cerca dan hinaan oleh kaum cina mahupun india, tetapi paling sedih golongan melayu liberal juga terlibat, Persetankan mereka.
Saya nak kasitau , Saya Bangsa Melayu Islam Dan Keturunan Melayu Islam Sejak Nenek Moyang Saya, Saya Bangga Jadi Melayu Islam, Kalau Bukan Melayu Islam Pertahankan Hak Kita, Siapa Lagi, Selagi Hayat Dikandung badan akan saya pertahankan hak org Melayu.
No comments:
Post a Comment