Allah s.w.t. telah meletakkan wanita di atas tempat yang tinggi. Tapi wanita sendiri tidak menyedari akan hakikat ini. Tidak pernahkah anda terasa bahawa apabila seseorang wanita itu disuruh menutup aurat, secara tidak langsung Allah menjaga, mem-‘protect’ wanita itu dari pandangan rakus insan yang bernama lelaki. Tidak pernahkah anda terasa, apabila ikhwah disuruh menjaga pandangannya daripada memandang wanita, wanita itu seolah-olah begitu suci dan indah, sehingga lelaki sendiri tidak layak memandangnya? Syariatnya, memang Allah menyuruh menundukkan pandangan demi mengelak dari zina, tapi secara tidak langsung, arahan itu jugak meletakkan wanita di tangga yang amat tinggi.
Al-Quran telah dijadikan sebagai panduan dan petunjuk untuk umat Muhammad. Namun, kaum muslim kini hanya membaca Al-Quran setakat memenuhi syarat bahawa dia telah membaca Al-Quran. Seorang non-Muslim pernah bertanyakan kepada saya tentang kandungan dan isi Al-Quran. Merah padam rasanya muka ini kerana tidak mengetahui langsung akan isi kandungan kitab sendiri sedangkan lelaki tadi boleh meng-‘quote’ akan isi Bible, malah tahu serba sedikit akan isi-isi al-Quran kerana dia mengambil inisiatif untuk membaca ‘translation’nya. A muslim, born muslim, always takes things for granted!
Surah An-Nur ayat 30: “Katakanlah kepada orang lelaki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang mereka buat”
Nah, mengapa perlu mempersoalkan mengapa lelaki harus tunduk apabila bertembung dengan wanita. Arahan Allah yang ‘direct’ tidak perlu dipersoalkan. Siapa kita untuk mempersoalkan hukum Allah, sedangkan Allah-lah yang mencipta dan menjadikan kita dan alam ini? Pernahkah kita (wanita) terfikir bahawa, apabila kita meminta kaum lelaki memandang ke arah kita dan melihat kita, sedangkan arahan Allah jelas menyuruh ikhwah menundukkan pandangan mereka, maka kaum wanita sendirilah yang meletakkan diri mereka ditangga yang paling bawah.
Surah An-Nur ayat 31: “Katakanlah kepada kaum wanita beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali benda yang (diizinkan) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan jilbab ke dadanya…. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan…”
Bukan sahaja lelaki disuruh menjaga pandangan mereka, bahkan wanita sendiri mesti menjaga pandangan mereka. Sebenarnya, bukan sahaja dari sudut fizikal harus wanita itu menjaga diri dan pandangannya, bahkan dari sudut kelakuan dan tingkah laku juga perlu dijaga. Semua orang, baik Muslim atau non muslim sendiri tahu membandingkan antara wanita yang menjaga tingkah lakunya, yang bercakap dengan sopan lebih baik daripada mereka yang menghabiskan masa di tempat-tempat yang tidak senonoh. Inilah sifat malu yang dianjurkan dalam Islam.
(Daripada Mihwar, Bil 17- Januari 2004) Sabda Rasulullah s.a.w. “Malu dan iman itu saling bergandingan. Jika satu yang meninggi, maka satu lagi juga turut meninggi.”
.
Rasulullah s.a.w : “Kalau tidak ada perasaan malu, maka buatlah apa yang anda ingini.”
“Malu itu sebahagian daripada iman”.
Bagaimanakah tingkah laku seseorang yang telah hilang sifat malunya? Lihatlah keadaan sekeliling kita, setiap sudut yang kita pusing, setiap kali itulah kita nampak manusia yang telah hilang sifat malunya. Buka sahaja television (guna controller) jika anda malas untuk pusing :p
Rasulullah s.a.w. sendiri adalah seorang yang amat pemalu. Dari Abi Said al-Khudri r.a.: “Rasulullah s.a.w. adalah peribadi yang sangat pemalu melebihi malu seorang dara di dalam tirainya, apabila melihat sesuatu yang dibencinya maka kami tahu dari air mukanya” (Daripada Mihwar, Bil 17- Januari 2004) Bukankah kita disuruh mencontohi akhlak Rasulullah?
Sejak dari kecil, kita telah didedahkan dengan contoh-contoh dan suasana yang begitu terpesong daripada Islam. Hari ini, pemuda pemudi yang bertepuk tampar di khalayak ramai sudah menjadi satu pemandangan yang biasa dilihat di mana-mana sahaja. Hari ini, lelaki dan wanita yang berdua-duaan berada di setiap pelosok dunia. Etika kerja dan social yang betul dan normal ialah apabila bercakap (termasuk di antara lelaki dan wanita) memandang muka dan mata. Minda kita ditanam dengan suasana ‘it’s ok for men and women to be together, it’s part of life and social skills’.
Hakikatnya, kita harus sedar dan faham bahawa Islam bukanlah agama sahaja. Islam meliputi setiap aspek kehidupan, termasuk cara pergaulan dan bersosial. Islam tidak pernah melarang perbualan antara lelaki dan wanita sekiranya ada urusan yang tidak dapat dielakkan. Maka, basic-nya di sini, kita harus menerima Islam itu secara menyeluruh. Apabila kita telah menerima hakikat bahawa Islam itu ad-deen, satu cara hidup, maka kita tidak akan mempersoalkan hukum-hukum Allah dan kita tidak akan memandang cara pergaulan yang dianjurkan oelh Islam sebagai sesuatu yang pelik berbanding dengan apa yang telah selalu ditanam dalam minda kita dan dengan apa yang kita selalu lihat di keadaan sekeliling kita.
Wallahualam bissawab.
No comments:
Post a Comment