Salam Alaikum

BismillÃh HirRohmaanir Rohimm

Kata Hikmah AM

~~~... aku BERANI kerana BENAR, lalu aku tidak GENTAR. aku bukan JEBAT, dan aku bukanlah juga TUAH. tetapi, aku adalah hamba doif yang bergelar KHALIFAH di muka bumi ALLAH ...~~~


biar orang hina diri kita tapi jangan kita hina diri sendiri, biar orang lukakan hati kita, jangan kita sesekali melukai diri sendiri, kita berhak atas diri kita sesungguhnya air mata itu adalah penyampai perasaan dan luahan jiwa..

yA AllAh, ApAbIlA ENGKAU mEmAnggIlkU, AmbIlAh AkU dAlAm kEAdAAn KhUsnUl KhOtImAh dAn sEmpAtkAnlAh AkU mEngUcApkAn kAlImAt "LA ILAHA ILLALLAH"

Ahli Jemaah

Network Blogger

Demi Masa

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Dan Penyayang

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Segala hakcipta milik Allah S.W.T. Jika difikirkan perlu copy dan sebar, silakan. Tak perlu minta izin.

There’s No Copyright In Islam

Friday, July 30, 2010

Tanda dunia akhir zaman


1) Penaklukan Baitulmuqaddis.
Dari Auf b. Malik r.a. katanya,Rasulullah s.a.w telah bersabda: Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat.
'Baginda menyebutkan salah 1 diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.....'
- Sahih Bukhari


( dah jadi dah...)


2) Zina bermaharajalela.

'Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.'-
Sahih Muslim

(dah nampak dah...)


3) Bermaharajalela alat muzik..

'Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka'... Ada yang bertanya kepada Rasulullah; 'Wahai Rasulullah bila perkara ini akan terjadi? 'Baginda menjawab: 'Apabila telah bermaharajalela bunyian(muzik) & penyanyi2 wanita'
-
Ibnu Majah

~(Mentor , Malaysian Idol, Akademi Fantasia,(siap ada yang maki ayah sendiri bila tuka siaran), Anugerah Muzik dan lain2...)



4) Menghias masjid & membanggakannya.

'Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid'- Riwayat Nasai.


( memang dah nampak dah, buat masjid besar2 dan dekat2... last2 kosong...)



5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik.

'Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam tetangga.'-
Riwayat Ahmad dan Hakim.


(ada anak siap tak mengaku mak/bapak malu punya pasal)




6) Ramai orang soleh meninggal dunia.

'Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang2 yang baik & ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran'-
Riwayat Ahmad


(boleh kira berapa jer para ulama yg tinggal...)


7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.

'Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka bin Luka(orang yang bodoh & hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia'-
- Riwayat Thabrani


(yang nie tak payah la nak sebut siapa.. masing2 tahu.. malah dekat Malaysia pun ada)


8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.

'Sesungguhnya di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.'
- Riwayat Ahmad


( jiran sesama islam pon tak bertegur sapa, nak cari gaduh lagi ada la)


9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang..

Diriwayatkan dari
Abu Hurairah r.a. 'Di antara tanda2 telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian2 wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang'.

( nak buat macam mana.. ayat sama je.. fesyen..)



10) Bulan sabit kelihatan besar.

'Di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung(membesarnya)bulan sabit.'
- Riwayat Thabrani


(tak caya gi tengok...)



11) Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita.

'Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita2 yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa2 kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu'
- Sahih Muslim


(Siaran TV kerajaan dan swasta, akhbar2 harian & majalah² yg popular skarang nie)



12)Banyak saksi palsu & menyimpan kesa ks ian yang benar.

'Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu & disembunyikan kesaksian yang benar.'
-Riwayat Ahmad


( nak jauh tengok kes peperangan Iraq dulu.. dekat Malaysia pun ada gak)


13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai.

'Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput & sungai2
- Sahih Muslim


~(Dubai
dah turun salji... Mina dah kene banjir....)



Marilah kita saling berpesan kepada kawan2 lain...


Dari Abdullah bin 'Amir r.a., Rasulullah s.a.w....bersabda:

'Sampaikanlah pesanku biarpun 1 ayat..
..'

Remember... sharing is caring... J

1 comment:

Unknown said...

pendapat beribadi pn di selitkan heheh..so btul kan antra tnda kiamat 2.. :) renung2 kan..jgn asyik tunding org je tp dri sndri...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...