Teknik mengingat merupakan sesuatu keperluan kapada manusia dalam zaman globalisasi sekarang ini. Daya ingatan adalah disamakan dengan peluang persaingan yang ada pada seseorang. Atau dengan kata lain, seseorang yang mempunyai daya ingatan yang baik bermaksud dapat bersaing dengan orang lain dengan baik.
Einstein telah menyatakan bahawa otak kanan manusia iaitu HOKA merupakan sesuatu yang penuh mistery dan masih menunggu penerokaan manusia. Metafora dan imaginasi merupakan satu saluran ke ingatan di bawah sedar manusia.
Sebenar, Einstein tidak pernah menggunakan Flash Card untuk pembelajaran dan mengingat sepertimana kita mengajar anak murid kita pada hari ini. Mengapa anak-anak kita perlu belajar dengan cara yang menyusahkan dan terpaksa mengorbankan masa untuk bermain-main pada zaman kanak-kanaknya untuk belajar sesuatu?
Segala-gala soalan seperti diatas terjawab dengan konsep Hoki-hoka, iaitu otak kiri dan otak kanan dimana kita digalakkan mencungkil keistimewaan Hoka kita dalam mengingat. Hoki atau otak kiri mempunyai peranan mentafsirkan bahasa, ia condong kepada prinsip logical. Biasanya Hoki juga digelar ‘Otak Bahasa’. Manakala otak kanan atau Hoka digelar ‘Otak Imej’ yang menafsirkan gambarajah, imej-imej, lukisan dan seni muzik.
Sekiranya, kita membandingkan Hoki-hoka, kita akan mendapati bahawa kebolehan mengingat ialah 1:100juta kali ganda. Kapasiti ingatan Hoka ialah sebanyak 100 juta kali ganda berbanding dengan Hoki. Selain daripada itu, ingatan pada Hoki adalah secara sedar dan merupakan jangka pendek. Ia adalah kurang bermutu. Manakala ingatan pada Hoka pula adalah di bawah sedar dan sangat berkualiti. Ingatan ini mampu diingati semula selama-lamanya.
Bagaimana caranya untuk membuka pintu rahsia ke memory di bawah sedar/below mundane consciousness?
Terdapat beberapa cara yang dapat melatih kebolehan Hoka kita untuk mengingat dengan senang. Dengan menguasai abacus atau sempoa merupakan cara yang berkesan untuk melatih Hoka. Dengan imaginasi melalui Hoka, seseorang dapat menyelesaikan aritmetrik dengan tepat dan cepat seolah-olah terdapat sesuatu kuasa ajaib pada orang yang menggunakan abacus itu.
Menurut kajian Ms Kimiko Kawano, dari Nippon Medical School, Center for Informatics and Sciences, imaginasi seseorang ketika menggunakan abucus dapat memandakan dengan gelombang otak manusia iaitu brain waves (EEG; electroencephalography) dan seterusnya menyalurkan ingatan imej tersebut ke ingatan bawah sedar. Kebolehan Hoka ini sebenar boleh dicungkil dan dilatih sehingga sesuatu tahap yang maksimum. Fenomena ini telah terbukti apabila pertandingan antara pengguna abacus dan mesin kira elektronik untuk menyelesaikan aritmetrik yang sama, pengguna abucus dapat kemenangan dalam pertandingan tersebut.
Dalam budaya timur seperti Negara Cina purba, ibu bapa mengajar anak-anak mereka melalui cara latih tubi secara turun temurun. Kanak-kanak diwajibkan menghafal 9 buah buku klasik yang mengandungi falsafah kehidupan masyarakat Cina tanpa menafsirkan maksud sebenar isi kandungan yang dihafal pada umur yang kecil itu. Cara pembelajaran trandisional ini juga telah diapplikasikan dalam sekolah pondok di Negara Cina tanpa menyedari bahawa ia merupakan satu teknik ke arah memorize highway. Ia dapat menampung muatan ingatan yang besar dan pantas sekali. Ini adalah kerana Freukuensi gelombang bunyi latih tubi, contohnya hafal sifir m3 sama dengan brain waves (EEG; electroencephalography) dan telah membuka pintu rahsia ke ingatan di bawah sedar.
Sehubungan dengan itu, teknik mentransformasikan maklumat kepada imej dapat menyenangkan proses mengingat dan ia melibatkan Hoka. Contoh latihan Hoka yang dikemukakan disini ialah dengan cara menyebut 10 jenis benda dengan hanya sekali sahaja (1, pokok; 2, basikal; 3, segitiga; 4, pintu; 5, sarung tangan; 6, kotak; 7, pelangi; 8, cermin mata; 9, kucing; 10, bola golf.). dan jika diminta seseorang
Keadaan akan menjadi lebih mudah sekira dengan teknik mentransformasikan maklumat tadi kepada imej untuk mengukuhkan ingatan seseorang.iaitu dengan cara metafora dan imaginasi Hoka seperti dibawah:
1, pokok, bayangkan batang pokok yang seperti nombor 1.
2, basikal,
3, segitiga, segitiga mempunyai 3 garisan.
4, pintu, pintu mempunyai 4 penjuru.
5, sarung tangan, sarung tangan mempunyai 5 jari.
6, kotak, kotak mempunyai 6 permukaan.
7, pelangi, pelangi mempunyai 7 warna.
8, cermin mata, cermin mata serupa dengan nombor 8.
9, kucing, menurut orang Cina, kucing mempunyai 9 nyawa.
10, bola golf, kayu golf dan bola golf diletak bersebelah kelihatan seperti nombor
10.
Dengan teknik mengingat tersebut di atas, tentu seseorang itu akan dapat mengingati maklumat itu dengan selama-lamanya. Memory ini akan dapat dikeluarkan apabila diperlukan pada masa depan.
Selain daripada itu, masa yang baik dan berkesan untuk mengingat ialah pada pukul 9-11am, 3-4 pm, dan 7-10 pm.. Dengan panduan ini, seseorang itu dapatlah merancangkan masa yang sesuai dan berkesan untuk belajar dengan mudah.
Akhir kata, mengingat ialah sesuatu yang menyeronokkan, dan proses pembelajaran menjadi too-easy.
No comments:
Post a Comment