Kita tidak dapat menafikan bahawa ilmu, kemajuan, pembangunan
dan tamadun material dan fizikal ia boleh memberi
kemudahan hidup dan kehidupan kepada manusia.
Ia boleh membawa keselesaan hidup, apa yang dikehendaki oleh
manusia dicapai, apa yang dicita-cita mudah dapat, tetapi
semata-mata itu sahaja, ia bukan segala-galanya.
Sekadar itu saja belum boleh menjamin keselamatan, kebahagiaan
dan keharmonian di dalam kehidupan bermasyarakat di
dunia ini. Apatah lagi untuk memperolehi keselamatan dan
kebahagiaan di Akhirat kelak.
Kalau kemajuan, pembangunan dan tamadun yang dibangunkan
itu tidak bertunjangkan iman dan ketaqwaan, jika
iman dan taqwa tidak menjadi tunjang kepada segala usaha kita,
ertinya kita telah memutuskan diri dari Allah Taala, kita terlepas
daripada Allah. Maka Allah akan berlepas diri dari kita.
Justeru itu risikonya yang kita akan tanggung itu berat iaitu
bermacam-macam masalah akan timbul daripada usaha kita
sekalipun usaha kita itu berjaya, nampak lahirnya hebat, gah,
cantik, indah, mempesona, ia sepertilah seorang yang berkahwin
dengan seorang gadis yang cantik, berpelajaran, bangsawan,
hartawan, tapi mulutnya celupar, suka merajuk, curang, tidak
setia, tidak boleh dikontrol, melawan dan berbagai-bagai kerenah
lagi. Hajat hendak berkahwin dengan perempuan cantik tercapai,
orang lain melihat iri hati, namun demikian masa habis
hendak melayan kehendak-kehendaknya serta terseksa berhadapan
dengan kerenah-kerenahnya.
Lantaran itulah Allah Taala berfirman:
Maksudnya: “Barang siapa yang berpaling dari mengingati
Aku, baginya hidup yang susah.” (Thaha: 124)
Kerana jika tamadun lahiriah semata-mata, ia sangat dekat
dengan nafsu, ia sangat dicintai oleh nafsu manusia. Sedangkan
nafsu watak semula jadinya; seperti yang Allah SWT gambarkan
melalui Al Quran, terlalu jahat, iaitu:
Maksudnya: “Sesungguhnya nafsu sangat mengajak
kepada kejahatan.” (Yusuf: 53)
Ertinya nafsu sangat cenderung kepada kejahatan. Di antara
kejahatannya ialah, rakus, tamak, bakhil, gelojoh, melulu, mementingkan
diri, angkuh, suka monopoli, suka berfoya-foya, cenderung
kepada wanita, makan minum, harta kemewahan,
pangkat, darjat dan lain-lain.
Justeru itu kemajuan dan tamadun lahiriah kalau tidak ditunjangi
oleh iman dan ketaqwaan, ia akan disalahgunakan dan
merosakkan manusia. Ia akan melahirkan manusia yang sombong,
bangga, tamak, bakhil, mementingkan diri, penindasan
dan kezaliman, suka zina, pembaziran, suka menompok-nompok
harta, menghina orang, lupa Allah dan Akhirat dan seribu
satu macam kejahatan lagi.
Dari penyakit-penyakit tadi akan lahir pula penyakit-penyakit
lain reaksi dari gejala-gejala tadi. Orang akan sakit hati, dengki,
rasuah, dendam, perbalahan, krisis, jatuh-menjatuhkan, tuduh-
menuduh, fitnah-memfitnah, kemuncaknya pembunuhan.
Kalau sudah begitu, hilanglah kasih sayang, retak perpaduan,
terkuburlah ukhwah, matilah keharmonian. Keamanan dan
keselamatan yang diidam-idamkan hanya tinggal di dalam impian
semata-mata.
Itulah yang telah berlaku kepada Firaun dan orang-orangnya,
Namrud dan orang-orangnya. Itulah juga yang berlaku kepada
Qarun dan Hamman, itulah juga yang telah berlaku kepada
kuasa-kuasa Barat dan negara blok komunis terutama Rusia dan
China.
Maka justeru itulah dalam wahyu yang pertama lagi Allah
SWT telah mengingatkan iaitu:
Maksudnya: “Bacalah dengan nama Tuhan yang Mencipta.”
(Al ‘Alaq: 1)
Yakni Allah mengajak kita mengingati-Nya dan mengajak kita
membaca atas nama-Nya. Dengan kata-kata yang lain yang lebih
luas lagi kalau kita huraikan, Allah mengajak manusia hendaklah
menggunakan akal, mencari ilmu, berkemajuan, membangun,
berjuang menegakkan tamadun dan apa sahaja hendaklah atas
nama-Nya iaitu Tuhan yang mencipta manusia dari segumpal
darah. Iaitu segala-galanya dilakukan dan dibangunkan atas
dasar iman dan ketaqwaan, kerana Allah, cara Allah dan untuk
keredhaan Allah.
Kesannya tidak usah bimbang, memanglah kepada manusia,
untungnya adalah kepada manusia. Allah tidak memerlukan
kemajuan, Allah tidak berkehendak kepada tempat tinggal dan
makan minum, Allah tidak perlu itu semua. Yang perlu itu semua
adalah manusia, Allah sudah sedia sempurna dan selamat.
Justeru itu Allah mengajak membuat apa sahaja kerana-Nya,
dengan itu Allah akan memberi rahmat dan keberkatan. Allah
akan menjaga dan melindungi daripada segala pancaroba daripada
usaha-usaha itu.
Atau dengan kata-kata yang lain, seolah-olah Allah berkata:
Belajarlah atas nama-Ku, beribadahlah atas nama-Ku,
berekonomilah atas nama-Ku, berkemajuanlah atas nama-Ku,
berpendidikanlah atas nama-Ku, berjuanglah atas nama-Ku,
merdekalah atas nama-Ku, bernegaralah atas nama-Ku,
mentadbirlah atas nama-Ku, bertamadunlah atas nama-Ku,
begitulah seterusnya.
Oleh itu Allah tidak mengajar manusia membuat apa sahaja
kerana selain-Nya. Ertinya, Allah melarang beribadah, mencari
ilmu, membuat kemajuan, membantu, menderma, bergotongroyong,
berpolitik, berjuang, mentadbir, berekonomi, berpendidikan
kerana atau untuk diri, bangsa atau negara, atau kerana
megah, kerana mahu dihormati, kerana mahu disanjung dan
dipuji, kerana nama dan lain-lain lagi, tetapi Allah mengajak
kerana-Nya. Kalau dibuat selain kerana Allah, dianggap syirik
khafi, sia-sia sahaja, usaha-usahanya itu tidak dapat apa-apa
pahala, Allah berlepas diri. Kalau ada pun sedikit keuntungan,
hanya keuntungan di dunia. Di Akhirat kebaikannya tertolak,
akibatnya terjunlah ke Neraka, wal’iyazubillah.
Salam Alaikum
BismillÃh HirRohmaanir Rohimm
Kata Hikmah AM
~~~... aku BERANI kerana BENAR, lalu aku tidak GENTAR. aku bukan JEBAT, dan aku bukanlah juga TUAH. tetapi, aku adalah hamba doif yang bergelar KHALIFAH di muka bumi ALLAH ...~~~
biar orang hina diri kita tapi jangan kita hina diri sendiri, biar orang lukakan hati kita, jangan kita sesekali melukai diri sendiri, kita berhak atas diri kita sesungguhnya air mata itu adalah penyampai perasaan dan luahan jiwa..
yA AllAh, ApAbIlA ENGKAU mEmAnggIlkU, AmbIlAh AkU dAlAm kEAdAAn KhUsnUl KhOtImAh dAn sEmpAtkAnlAh AkU mEngUcApkAn kAlImAt "LA ILAHA ILLALLAH"
Ahli Jemaah
Network Blogger
Demi Masa
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Dan Penyayang
Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.
Segala hakcipta milik Allah S.W.T. Jika difikirkan perlu copy dan sebar, silakan. Tak perlu minta izin.
There’s No Copyright In Islam
No comments:
Post a Comment