Salam Alaikum

BismillÃh HirRohmaanir Rohimm

Kata Hikmah AM

~~~... aku BERANI kerana BENAR, lalu aku tidak GENTAR. aku bukan JEBAT, dan aku bukanlah juga TUAH. tetapi, aku adalah hamba doif yang bergelar KHALIFAH di muka bumi ALLAH ...~~~


biar orang hina diri kita tapi jangan kita hina diri sendiri, biar orang lukakan hati kita, jangan kita sesekali melukai diri sendiri, kita berhak atas diri kita sesungguhnya air mata itu adalah penyampai perasaan dan luahan jiwa..

yA AllAh, ApAbIlA ENGKAU mEmAnggIlkU, AmbIlAh AkU dAlAm kEAdAAn KhUsnUl KhOtImAh dAn sEmpAtkAnlAh AkU mEngUcApkAn kAlImAt "LA ILAHA ILLALLAH"

Ahli Jemaah

Network Blogger

Demi Masa

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Dan Penyayang

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Segala hakcipta milik Allah S.W.T. Jika difikirkan perlu copy dan sebar, silakan. Tak perlu minta izin.

There’s No Copyright In Islam

Sunday, July 25, 2010

Meninjau Sistem Pemerintahan Islam - Pemerintahan Ulil Amri


DALAM Islam erti ulil amri atau pemerintah itu banyak
tafsirannya. Di antaranya:
a. Ulil amri diertikan dengan para ulama yang amilin,
ulama yang kewibawaannya dihormati orang ramai.
b. Ulil amri yang diertikan pada ahlul halli wal ‘aqdi.
c. Ulil amri yang diertikan orang-orang yang berkuasa di
dalam sesebuah negeri atau sebuah negara.
d. Ulil amri yang dimaksudkan pada pemimpin-pemimpin
jemaah Islam, dan lain-lain lagi.

Perbahasan ulil amri yang saya maksudkan
ialah ulil amri pada pemerintah yang berkuasa di
dalam sesebuah negeri atau negara.
Pemerintah atau orang yang berkuasa dan mentadbir dalam
sesebuah negara disebut ulil amri. Erti ulil amri ialah
“yang mempunyai perintah”. Tetapi kita selalu menyebutnya
pemerintah. Pemerintah diistilahkan sebagai yang mempunyai
perintah (ulul amri) kerana mereka mempunyai kuasa
untuk perintah (suruh) rakyatnya sama ada berbuat atau
meninggalkan sesuatu perkara. Mereka juga ada sultoh (kekuasaan
dan kekuatan) sama ada berbentuk maknawiyah atau
lahiriah. Kekuasaan dan kekuatan maknawiyah itu seperti
undang-undang, peraturan dan akta. Manakala sultoh lahiriah
ialah polis, tentera, hakim-hakim, pegawai tadbir dan
sebagainya. Dengan kekuasaan dan kekuatan tersebut, ulil
amri akan boleh dan mampu memaksa rakyat agar patuh dan
boleh pula menghukum rakyat yang ingkar terhadap perintah
mereka.

Pemerintah juga dalam Islam disebut khalifah. Yakni
khalifah ALLAH. Ertinya, pengganti ALLAH atau wakil
ALLAH di bumi. Mereka bertanggungjawab menjalankan
kerja-kerja yang ALLAH perintahkan kepada mereka terhadap
rakyat. Yakni berkhidmat kepada rakyat, memimpin,
mendidik, mengajar, mentadbir, mengurus, menyelesaikan
masalah rakyat, membangun kemajuan negara dan masyarakat.
ALLAH mahu hamba-hamba-Nya semua diurus tadbir
dengan baik agar semuanya di dunia ini mendapat layanan
dan hak-hak yang sepatutnya mereka dapat dari ALLAH
SWT. Untuk itu, pemerintah diserahi segala harta benda dan
khazanah perbendaharaan negara ke dalam tangan mereka.
Supaya diagih-agih dengan adil dan disediakan serba-serbi
keperluan rakyat dan negara. Supaya negara berada dalam
keadaan aman, makmur dan mendapat keampunan ALLAH.
Oleh kerana pemerintah itu adalah pengganti ALLAH
dalam menjalankan keadilan di kalangan manusia, maka
ALLAH SWT telah memerintahkan hamba-hamba-Nya agar
taat pada pemerintah sesudah ketaatan pada ALLAH dan
Rasul. Inilah firman-Nya:

Wahai mereka yang berimun, taatilah ALLAH, taatilah
Rasul dan yang mempunyai kuasa di kalangan kumu kaum
muslimin).
(An Nisa’: 59)

Ketaatan kepada ulil amri yang adil, yang benar-benar mewakili
atau mengganti ALLAH mentadbir bumi, adalah
penting supaya hukum-hukum ALLAH yang hendak dijalankan
dalam negara dapat berjalan dengan baik. Dan kehidupan
hamba-hamba-Nya dapat diurus dengan baik. Terhadap
mana-mana rakyat yang degil dan melawan perintah, dibenarkan
pemerintah menghukum mereka demi mengawal kebaikan
dalam masyarakat. Dengan syarat kesalahan itu betul-betul
kesalahan yang diiktiraf oleh syariat. Pemerintah tidak boleh
buat hukum dan undang-undang sendiri dengan membelakangkan
undang-undang dan hukum ALLAH. Jika didapati
pemerintah membelakangkan hukum ALLAH, maka ia akan
jatuh kepada hukum sama ada fasiq, zalim atau kafir. Firman-
Nya:

Barangsiapa yang tidak berhukum dengan hukum ALLAH,
maka mereka adalah orang fasiq.
(Al Maidah: 47)

Barangsiapa yang tidak berhukum dengan hukum ALLAH,
maka mereka adalah orang zalim.
(Al Maidah: 4 5 )

Barangsiapa yang tidak berhukum dengan hukum ALLAH,
maka mereka adalah orang kafir.
(Al Maidah: 44)

Kalau pemerintah sudah tidak taat dengan ALLAH, maka
dalam keadaan itu rakyat tidak lagi wajib taat pada ulil amri
(dalam perkara yang bertentangan dengan syariat ) . Rasulullah
SAW bersabda:

Tiada ketaatan kepada seorang makhluk dalam soal menderhaka
rhaka ALLAH.

Oleh kerana di tangan mereka ada kekuasaan, kekuatan
dan kekayaan negara, maka para ulil amri itu bebas untuk
melakukan sebanyak-banyaknya kebaikan atau kejahatan.
Bergantunglah kepada beriman atau tidaknya mereka. Pemerintah
yang beriman akan berjaya menjadi penguasa yang adil
seperti yang ALLAH perintahkan. Tapi pemerintah yang tidak
beriman atau lemah imannya akan menyalahgunakan
kuasa dan harta negara untuk kepentingan nafsu mereka.
Pemerintah yang adil, yang dapat melayan rakyatnya
dengan baik, yang menjatuhkan hukuman dengan tepat dan
meletakkan rakyat pada posisi yang betul, sehingga rakyat
mendapat hak dan keperluan yang cukup, adalah pemerintah
yang telah menunaikan amanah dan tanggungjawab
dengan betul.
Rasulullah SAW bersabda:
Sehari seorang raja yang berlaku adil lebih besar pahalanya
daripada (seorang abid) beribadah 60 tahun.
(Riwayat Ahmad)

Sabdanya lagi:
Keadilan sesaat kbih baik dari ibadah 60 tahun.
Ibadah yang dilakukan oleh si abid hanya menguntungkan
dirinya sahaja. Sedangkan satu keadilan yang dilakukan oleh
pemerintah dalam satu saat, akan melimpah-ruah kebaikannya
kepada jutaan rakyat. Kebaikan yang sama, kalau dibuat oleh
seorang yang tidak ada kuasa, tidak ramai yang merasainya.
Sebab itu ALLAH SWT sangat meninggikan darjat pemerintah
yang adil. Hal ini cukup masyhur dalam hadis qudsi

"Ada tujuh golongan yang ALLAH lindungi mereka di hari 1
yang tiada perlindungan seIain perlindungan-NYA. Mereka
itu ialah raja atau pemerintah yang adil, pemuda yang
tekun beribadah kepada Tuhannya, Lelaki yang hatinya
terpaut kepada masjid, dua orang lelaki yang saling berkasihan
kerana ALLAH; mereka bertemu dan berpisah pun
kerana-NYA. Dan seorang lelaki yang digoda oleh seorang
perempuan yang ada kedudukan dan kecantikan, lalu dia
berkata: “Aku takut kepada ALLAH Tuhan Sekelian
Alam.” Dan lelaki yang bersedekah (berderma) secara
sembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa
yang dibelanjakan oleh tangan kanannya, dan lelaki yang
mengingati ALLAH sewaktu sunyi, lalu mengalir air
matanya"
(Riwayat Al Bukhari)

Daripada tujuh golongan manusia bertuah itu, raja atau
pemerintah yang adil mendapat tempat pertama di sisi
ALLAH. Betapa tingginya penghormatan yang diperolehi.
Mengapa? Sebab darjat itu sangat susah untuk dicapai. Bukan
senang nak jadi raja atau pemerintah yang adil. Memang
hampir semua orang, sebelum menjadi pemerintah, bercitacita
untuk adil terhadap rakyat. Tapi apabila kuasa dan harta
negara bdrada dalam tangan, hati sudah berubah. Hakikat ini
tidak mungkin dapat dinafikan. Sebab ALLAH sendiri mengakuinya
dengan berfirman:

Tiadalah kehidupan dunia itu melainkan harta benda yang
menipu day a.
(Al Hadid: 20)

Firman-Nya lagi:
Dihiasi manusia dengan perkara yang menjadi kecintaan
nafsu wanita, anak-anak, harta bernilai sama ada emas
dan perak, kuda pilihan, Binatang ternakan dan tanaman.
Demikian itu adalah hanya untuk kehidupan di dunia. Dan
di sisi ALLAH ada tempat yang lebih baik.
(Ali Imran: 14)

Dunia kalau tiada, tidaklah ia cuba menipu. Tapi kalau
sudah dalam tangan, bisikannya sungguh menggoda dan
hampir tidak ada manusia yang selamat dari godaannya.
Sebab nafsu pun sangat cintakan dunia. Nafsu ingin dunia
yang indah dan menawan itu menjadi milik sendiri saja. Rasa
sayang dan rugi untuk dilepaskan pada orang lain. Dengan
itu maka pemerintah yang lemah iman atau langsung tidak
beriman akan mengaut harta negara untuk poketnya, keluarga
dan klik-kliknya sahaja. Rakyat kalau dapat pun, terlalu
kecil, tidak seimbang langsung dengan pendapatan pihak ber-
kuasa. Manakala bagi rakyat yang dianggap musuh pemerintah,
langsung tidak mendapat apa-apa hak. Mereka tertindas
dan terzalim.

Hal ini bukan cerita asing dalam dunia hari ini bahkan
di sepanjang sejarah. Kebanyakan pemerintah yang beragama
Islam atau bukan, gagal untuk berlaku seadil-adilnya dalam
pemerintahan. Mereka menjadikan amanah rakyat sebagai
peluang untuk menjadi kaya-raya. Tugas dan tanggungjawab
kepimpinan disalahertikan dengan menjadikannya satu sumber
pendapatan yang lumayan. Hak-hak rakyat dan negara
rela dikorbankan.
Tunjuk di mana tempat yang berlaku hari ini, terdapat
pemerintah yang tidak hidup kaya-raya di atas orang yang
diperintahnya? Usahkan Perdana Menteri, menteri-menteri,
gabenor dan exco-exco, hatta wakil rakyat itu pun hampir
tidak ada yang tidak mengambil kesempatan kaya atas jawatan
yang diamanahkan rakyat padanya. Jawatan itu direbutkan
demi pendapatan yang lumayan, tidak lagi untuk kepentingan
rakyat jelata dan negara. Jauh sekalilah untuk agama.
Pihak yang rasa tertindas kerana ketidakadilan pemerintah
itu, berebut pula untuk menjatuhkan pemerintah dan naik
golongan lain pula dengan janji membawa keadilan. Namun
bila masa ia jadi pemerintah, ha1 yang sama berlaku. Akhirnya
rakyat tetap juga tertipu atau jadi mainan para pemerintah.
Nampaknya para pemerintah dan wakil-wakil rakyat
jadikan kerusinya sebagai pabrik atau ladang untuk memungut
hasil kekayaan. Sebab itu tidak hairan masing-masing
puak berlumba-lumba merebut kerusi di pemerintahan, hinggakan
berlaku krisis di dalam satu parti.

Akibat dari pemerintah yang tidak adil ini, keadaan masyarakat
dan negara akan jadi tidak stabil, susah, gelisah, tidak
tenang, berhutang, mundur dan lain-lain lagi. Seluruh rakyat
akan terbabit. Sedangkan kalau orang yang tidak ada kuasa
membuat salah, tidaklah ramai sangat orang yang terlibat.
Sebab itu hukuman pada pemerintahan yang zalim, menganiaya,
khianat, berkepentingan dan menindas ini sangat
berat oleh ALLAH di Akhirat nanti.

Rasulullah SAW bersabda:
Manusia yang paling dahsyat seksaan di Hari Qiamat ialah
pemimpin yang zalim.
(Riwayat Ath Tbabrani)

Pemerintah yang adil pemah wujud dalam sejarah. Tapi
tidak banyak dan tidak lama. Ia tidak sebanyak pemerintah
yang tidak adil dan zalim itu. Di antara pemerintah adil yang
pemah muncul dalam sejarah menurut ukuran Islam ialah
Rasulullah SAW, Khulafa’ur Rasyidin, Sayidina Umar Abd
Aziz, Muhammad Al Fateh dan Salahuddin Al Ayyubi.
Selain zaman mereka ini, tidak berlaku pemerintahan yang
betul-betul adil walaupun masing-masing pemerintah sudah
mengaku yang mereka adalah pemerintah yang adil. Mereka
cuma mampu berbuat beberapa kebaikan. Tetapi macammacam
penindasan dan kekejaman lain dilakukan dengan
berleluasa. Akibat mereka tidak cukup taqwa, tidak mendalami
syariat ALLAH dan tidak mahu tunduk pada kebenaran.
Di dunia hari ini hampir-hampir tidak ada pemerintahan
yang adil, sekalipun di dalam negara umat Islam yang meng
iktiraf undang-undang ALLAH sebagai perlembagaan negara
sebagaimana berlaku di Pakistan, Arab Saudi dan Iran.
Sebab melaksanakan keadilan tidak semudah menulisnya di
atas kertas. Penenrang-penentang kebenaran dan keadilan
dalam diri manusia itu sendiri yakni nafsu dan syaitan cukup
kuat menentangnya.

ALLAH berfirman:
Sesungguhnya nafsu itu sangat mengajak pada kejahatan.
(Yusuf: 53)

Sebab itu dalam sejarah Islam seperti yang dipraktikkan
oleh ulama-ulama besar, salafussoleh, tokoh-tokoh Sahabat,
imam mazhab yang empat dan lain-lain lagi, jawatan sebagai
pemerintah tidak direbut atau diminta-minta. Mereka bukan
saja tidak berani mengaku untuk berlaku adil pada rakyat,
bahkan merasa diri takkan mampu berlaku adil. Kerana
jawatan itu tidak diminta-minta bahkan ditolak ketika ditawarkan.
Mereka sanggup didera daripada menjadi pemerintah.
Tidak pernah berlaku di kalangan mereka dipenjarakan
kerana gila merebut kuasa. Rasulullah sendiri pemah menolak
permintaan Abu Hurairah yang meminta untuk jadi pemerintah.
Sedangkan Sahabat itu adalah orang yang cukup baik.

Memang dalam Islam wajib hukumnya (yakni fardhu kifayah)
mewujudkan kerajaan atau pemerintah. Haram hukumnya
kalau terjadi ,kekosongan dalam pemerintahan. Tapi para
ulama besar salafussoleh lebih suka orang lain memerintah,
dengan mereka sebagai penasihatnya. Menjadi penasihat yang
tegas hakikatnya mereka turut terlibat langsung dalam pemerintahan.
Selain dari itu para ulama itu gigih berjuang untuk
membaiki masyarakat dengan iman dan taqwa. Yang
mana bila rakyat soleh dan solehah, ianya sangat penting
untuk membantu pemerintah untuk memerintah dengan adil.
Kejayaan Rasulullah dan Khulafa’ur Rasyidin dalam pemerintahan
mereka adalah kerana rakyat juga sangat membantu,
hasil didikan awal yang telah diusahakan sejak lama.
Menolak jawatan memerintah ini boleh dibuat selagi jawatan
itu memang ada yang menyandangnya. Tapi katalah
berlaku di satu negara, jawatan itu dikosongkan dan tidak ada
orang yang mahu mengisinya. Maka waktu itu Islam mewajibkan
dari kalangan umat Islam yang ada persediaan dan kelayakan
untuk mengisinya. Kalau ada di kalangan umat Islam
di waktu itu ditunjuk oleh orang ramai untuk memerintah,
maka haram baginya menolak. Sebagai peribadi, adalah
fardhu ain padanya disebabkan sudah tidak ada orang lain
lagi. Haram hukumnya membiarkan kekosongan pemerintahan
berlaku.

Tapi hari ini umat Islam bergaduh-gaduh kerana rebutkan
jawatan sebagai pemerintah. Konon dengan dua alasan:

1. Pemerintah yang ada tidak Islamik.
2. Takut orang bukan Islam mengambil alih pemerintahan.
Sikap ini sebenarnya bertentangan dengan dasar Islam.
Kita tidak boleh mendabik dada mengaku yang kita mampu
menjalankan keadilan seperti yang dikehendaki Islam. Sedangkan
ulama-ulama besar yang tinggi ilmu dan taqwanya
itu pun ridak pasti yang mereka dapat selamat dari tipuan
dunia. Sebab itu mereka menolak. Mereka lebih suka jadi
penasihar sahaja secara tidak rasmi. Inikan kita yang lemahlemah
ini!
Langkah sebaik-baiknya ialah:
1. Nasihati pemerintah yang ada dengan penuh hikmah
agar mereka dapat berlaku adil dalam pemerintahan. Doakan
pula mereka agar dibantu ALLAH.
2. Berjuang membaiki rakyat agar beriman dan bertaqwa
dengan menjalankan seluruh syariat ALLAH dan meninggalkan
larangan-Nya. Kalau rakyat sudah baik-baik, tinggal
pemerintah saja yang tidak adil, itu pun sudah cukup baik.
Mudah-mudahan satu masa naik pemerintah yang baik dari
kalangan rakyat yang baik-baik tadi. Hal ini berlaku di zaman
salafussoleh selepas Khulafa’ur Rasyidin. Masyarakatnya solehsoleh
tapi pemerintahnya sudah mula menyeleweng.
3. Kemaskan jemaah atau parti sendiri supaya menjadi
contoh dalam ha1 pembangunan insan dan pembangunan
material. Kalau ia benar-benar layak, sekalipun kita tidak
suarakan yang kita layak, nanti akan ada orang tolong suarakan.
4. Para pemimpin jemaah atau parti yang beria-ia sangat
hendak memerintah mestilah menunjukkan kewibawaan diri
dan partinya. Yang mana di dalam diri dan partinya sudah
terbangun Islam itu hingga orang yakin dia layak menjadi
seorang pemimpin.
5. Mengapa sejak partai-partai Islam berjuang di dunia hari
ini tidak ditubuhkan satu unit yang benar-benar terlatih
untuk berdakwah kepada orang-orang yang bukan Islam, agar
mereka masuk Islam? Kalau mereka masuk Islam, banyak
masalah dapat diselesaikan. Yang banyak berlaku, kita ceritakan
Islam bawa keadilan kepada semua golongan termasuk
mereka yang bukan Islam. Untuk pancing undi bukan mengajak
mereka masuk Islam. Padahal para rasul diutuskan ke
dunia, antara tugasnya mengajak dan menyeru orang-orang
yang bukan Islam kepada Islam. Mengapa program ini kita
tidak jadikan sebagai program parti? Di sini menampakkan
parti-parti Islam itu lebih bercorak politik daripada bercorak
Islam.

Kalau betul takut orang bukan Islam akan menawan kuasa
pemerintahan, mengapa umat Islam tidak bersatu dalam satu
parti saja? Kan elok kalau umat Islam ada satu parti saja untuk
membolehkan orang-orang Islam yang mengundi pilih satu
parti sahaja.
Sebenarnya jawatan memerintah adalah amanah yang
berat. Orang yang amanah dan jujur tidak akan berani
mempelawa diri untuk melakukannya. Kecuali orang-orang
yang ada kepentingan lain yang indah-indah dalam jawatan
itu, yang ghairah sangat untuk mendapatkannya. Dan biasa:
nya orang begini bila naik jadi pemerintah, apa yang dibuat
hampir tidak berbeza dengan yang dibuat oleh orang sebelumnya.
Yakni tidak adil dan menindas. Umat Islam perlu
sedar dan faham rahsia hakikat ini.

Janganlah terpedaya dengan orang-orang yang berjuang
gigih untuk jadi pemerintah. Sedangkan mereka tidak serius
dalam membaiki diri, keluarga, partinya dan masyarakat agar
beriman dan bertaqwa untuk menjalankan syariat ALLAH.
Bila tidak ada tanda-tanda zuhud dan taqwa pada mereka
lebih dari orang lain, dengan apa mereka boleh menang
terhadap nafsu dan tipuan dunia? Apa jaminan yang mereka
lebih dapat berlaku adil dari orang lain? Dan apa jaminan
mereka tidak akan ulangi kesilapan orang-orang lama?
Kalau naik hanya untuk ulangi kesilapan itu, ertinya kita
sengaja membiarkan orang itu terjun ke Neraka dan membawa
rakyat bersama-samanya. Kalau benar inginkan pemerintahan
Islam, dalam keadaan kita pun tidak bersedia, nasihatkan
pemerintah yang ada serta doakan mereka. ALLAH
tahulah nanti bagaimana untuk mengkabulkan doa dan hasrat
suci kita itu. Di samping kita bersedia untuk membaiki
diri dan parti sendiri. Sebab bila sudah ada wibawa, orang
ramai sendiri yang akan menunjukkan yang parti kitalah yang
layak memimpin mereka.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...