Salam Alaikum

BismillÃh HirRohmaanir Rohimm

Kata Hikmah AM

~~~... aku BERANI kerana BENAR, lalu aku tidak GENTAR. aku bukan JEBAT, dan aku bukanlah juga TUAH. tetapi, aku adalah hamba doif yang bergelar KHALIFAH di muka bumi ALLAH ...~~~


biar orang hina diri kita tapi jangan kita hina diri sendiri, biar orang lukakan hati kita, jangan kita sesekali melukai diri sendiri, kita berhak atas diri kita sesungguhnya air mata itu adalah penyampai perasaan dan luahan jiwa..

yA AllAh, ApAbIlA ENGKAU mEmAnggIlkU, AmbIlAh AkU dAlAm kEAdAAn KhUsnUl KhOtImAh dAn sEmpAtkAnlAh AkU mEngUcApkAn kAlImAt "LA ILAHA ILLALLAH"

Ahli Jemaah

Network Blogger

Demi Masa

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Dan Penyayang

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Segala hakcipta milik Allah S.W.T. Jika difikirkan perlu copy dan sebar, silakan. Tak perlu minta izin.

There’s No Copyright In Islam

Thursday, July 15, 2010

Kekuatan Ilmu Islam

Di dalam kitab suci Al Quran, banyak kita temui ayatayat
yang maksudnya berbunyi:

“Mengapa kamu tidak menggunakan akal.”

“Mengapa kamu tidak berfikir.”

“Mengapa mereka tidak mengambil perhatian (pengajaran).”
Firman Allah SWT:

Maksudnya: “Hendaklah kamu berjalan di atas muka
bumi kemudian maka kamu lihatlah betapa kesudahan
mereka yang berdusta.” (Al An’am: 11)
Dalam mencari ilmu dan pengalaman, umat Islam ada dua
dorongan iaitu dorongan fitrah dan dorongan imannya. Keinsafan
dan kesedaran juga merupakan dorongan. Pada orang
lain hanya ada satu dorongan. Kalau ibarat kereta, orang yang
bukan Islam ada satu enjin, orang Islam keretanya ada dua enjin.
Sudah tentu kereta dua enjin lebih laju daripada kereta yang
enjin satu.

Lantaran itulah umat Islam di zaman imannya kuat dan
ketaqwaannya tebal iaitu di zaman Rasulullah SAW, zaman
Sahabat, zaman Tabiin dan zaman Tabi‘it Tabiin, mereka sangat
cepat menguasai ilmu dan pengalaman dibandingkan bangsabangsa
lain sebelum kedatangan Islam seperti Rom, Parsi dan
juga bangsa China. Umat Islam dapat menguasai ilmu dalam
masa yang singkat kerana ada dua dorongan seperti yang telah
disebutkan tadi. Akhirnya umat Islam menguasai politik dunia
dan ilmu pengetahuan. Mereka menjadi guru kepada bangsabangsa
di dunia. Mereka dikagumi dan dihormati bahkan disayangi
kerana mereka membawa bersama akhlak mulia yang dipimpin
oleh wahyu.

Mula-mula umat Islam menumpukan sepenuh masa mengkaji
ilmu wahyu (Al Quran dan Sunnah). Ilmu wahyu inilah sebagai
asas ilmu kepada umat Islam kerana ilmu wahyu merupakan
ilmu dunia Akhirat kepada umat Islam. Mereka menghafal,
menghayati, mengamalkan serta memperjuangkan. Mereka
berlumba-lumba mengembangkan dan menyampaikan kepada
kaum-kaum dan bangsa-bangsa di dunia di waktu itu.
Setelah benar-benar matang dan mantap ilmu wahyu itu serta
telah tersebar luas, maka umat Islam pun meneroka ilmu-ilmu
di luar Islam. Bermula di zaman kerajaan Abbasiah, mereka
menterjemahkan kitab-kitab orang Rom, bangsa Yunani, Parsi
dan lain-lain lagi. Mereka mengkaji, menilai, menyaring dan
memperluaskan mana-mana yang tidak bercanggah dengan
ajaran Islam. Mereka jadikan ilmu itu hak milik mereka sehingga
ia jadi satu cabang daripada ilmu Islam seperti ilmu mantik.
Maka lahirlah ahli-ahli falsafah Islam, ahli-ahli perubatan, ahli
kimia, ahli geografi, ahli falak, ahli sejarah, ahli sains dan lainlain
lagi.

Akhirnya ilmu umat Islam menggabungkan ilmu wahyu
dengan ilmu akal. Ilmu nakli bergabung dengan ilmu akli. Maka
bertambah luaslah lagi ilmu umat Islam. Ilmu wahyu atau nakli
membangunkan jiwa mereka. Ilmu akli membangunkan akal
dan material mereka. Lahirlah tamadun lahir dan tamadun batin
atau tamadun dunia dan tamadun Akhirat. Juga disebut tamadun
material dan tamadun spiritual atau rohani. Tamadun
kebendaan dan tamadun akhlak atau tamadun ekonomi dan
tamadun budi pekerti. Bergabunglah kebaikan dunia dengan
kebaikan Akhirat. Sesuai dengan doa yang diajarkan oleh Allah
yang Maha Agung melalui firman Allah dalam Al Quran:

Maksudnya: “Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan
di dunia dan kebaikan di Akhirat, dan peliharalah kami dari
azab Neraka.” (Al Baqarah: 201)

Waktu itu keperluan-keperluan kehidupan mereka mewah,
ibadah mereka mewah dan budi pekerti mereka juga mewah.
Mereka sangat mewah dengan sifat-sifat pemurah, timbang rasa,
bertolak ansur, malu, sopan santun, merendah diri, bekerjasama,
bertolong bantu, mengutamakan orang lain, ziarah-menziarahi,
nasihat-menasihati, memberi dan menerima serta hormatmenghormati.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...